skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ▼ September (42)
      • RIA @ Promo Album Raya Di Selayang Mall
      • NADIA @ Media Hiburan Edisi 4-11 Oktober 2008
      • Picture RIA...
      • RUMAH TERBUKA RIZ DI GRIK,PERAK
      • Seloka Hari Raya Bersama Nadia & Nadia FC
      • Frame of RIZ...
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa Majalah EH!
      • RIA @ Pelancaran Album Raya AF6
      • Nadia @ Shooting Ada Cinta with Nubhan & Stacy
      • Video Nadia @ Iftar Nadia FC
      • Kontrak 'Mahal" Maestro
      • Video Nadia @ Iftar Nadia FC
      • Restu Peminat - Riz & Nadia Anggap Positif
      • Nadia After Iftar @ Old Town White Coffee
      • Majlis Berbuka Puasa Bersama Nadia & Nadia FC
      • Picture"s Of RIA
      • RIA @ REMIX EDISI RAYA
      • RIA@Media Hiburan Edisi Bumper Raya
      • RIA @ Majalah Hai Edisi Bumper Raya
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa Maestro
      • IFTAR BERSAMA NADIA & NADIAFC
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO
      • RIA @ Majalah Mangga Edisi Oktober 2008
      • RIZ @ Promo Album Raya Di Batu Pahat Mall
      • Ucapan Dari Riz & Nadia
      • Nadia @ Kosmo 14 Sept. 2008
      • Riz Di Majlis Penutupan Citrarasa 2008 @ Miri,Sarawak
      • Riz Tercalon Dalam "Malaysia's 10 Most Stylish Men...
      • Nadia @ Penggambaran 'Ada Cinta' Di Kuala Pilah...
      • Riz & Nadia At Terengganu
      • Picture's Of RIA...
      • Nadia@Yok Sahur Murai Dot Com
      • Popia Terkenal Gara-gara AF6
      • RIZ AF : Beramal Pada Bulan Puasa Bukan Satu Trend
      • SUKA-SUKA R&R - YOK SAHUR
      • RIZ@TAYANGAN PERDANA CAMP ROCK,PAVILLION KL
      • RIANZ@Majlis Berbuka Puasa Bersama RIZ & RizFC
      • Riz @ Restoran Riz Tom Yam Seafood
      • NST Online - Word Has It
      • Camp Malaysia Rock
      • Bintang AF Sumbang Suara untuk "Camp Rock" Dalam B...
      • Nadia - Realiti Jadi Artis
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


RIZ AF : Beramal Pada Bulan Puasa Bukan Satu Trend

Tuesday, September 9, 2008

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Riz kacak berbaju Melayu bergambar kenangan bersama anak-anak dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).(Foto mStar)

WALAUPUN hanya bergelar naib juara kepada program realiti Akademi Fantasia 6 (AF6), penyanyi Mohd Idris bin Mohd Zaizizi atau Riz tetap digemari ramai dan sibuk dengan karier barunya itu.

Kata Riz yang popular dengan lagu singlenya, Hanya Sandiwara yang sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan ini, jadual aktiviti seninya begitu padat sekali sebulan sebelum menjelang Ramadan lagi.

Pada bulan puasa ini, Riz berkata aktivitinya penuh dengan undangan majlis berbuka puasa dan pelbagai program lagi yang telah diaturkan.



"Memang sibuk sangat sejak akhir-akhir ini. Kadangkala saya terpaksa batalkan mana-mana program yang saya tak dapat beri komitmen. Dah batal pun, tetap ada juga program yang diatur sehingga tak menang tangan," ujar anak muda berusia 22 tahun ini.



Baru-baru ini, Riz telah menjayakan majlis berbuka puasa bersama 41 orang anak-anak termasuk anak yatim Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya anjuran Kelab Peminat Riz buat julung kalinya.



Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada anak-anak yatim serta kehadiran penyanyi Didie yang juga alumni AF. Dia dijemput untuk menyampaikan dua buah lagu antaranya Biar Bulan Bicara. Riz selaku tuan rumah turut membuat persembahan nyanyian melalui lagu Hanya Sandiwara.



Turut serta adalah Pengerusi Kelab Golf Seri Selangor iaitu Abdul Aziz Mohd. Sharif dan isteri, Siti Farah Ismail, Penasihat kelab, Mohd. Zaizizi Zainudin dan isteri serta ahli-ahli Kelab Riz_Angels.



Kata Riz, majlis tersebut diadakan untuk meraikan anak-anak dari RACTAR di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara dia dengan peminatnya.



Ditanya kepada Riz, adakah dia merasakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan aktiviti amal lain sebagai satu 'trend' untuk artis lakukan pada bulan puasa sahaja?



Jawab Riz ringkas, "Ia bukan satu trend. Bagi saya, kalau nak beramal bukan pada bulan puasa sahaja dan sesetengah artis yang buat amal takkan nak beritahu semua orang. Kalau mereka tak beritahu mungkin sebab mereka nak rahsiakan. Jadi, tak semestinya artis boleh beramal pada bulan puasa sahaja. Alhamdulillah, semasa saya buat majlis tersebut semuanya berjalan dengan lancar."



Di penghujung majlis tersebut, Riz menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan, hadiah sumbangan Astro termasuk duit raya untuk anak yatim yang disumbangkan oleh syarikat korporat dan orang perseorangan.



Ahli jawatankuasa Kelab Riz Angels berharap majlis tersebut menjadi agenda tahunan mereka.

Bertanya tentang juadah berbuka puasa, Riz memilih kuih Popiah Basah, Nasi Tomato dan Air Kelapa.

Riz selesa menyanyikan lagu ciptaan Ajai. (Foto mStar)




Duet dengan Alya OIAM
Menyebut tentang perjalanan seni penyanyi yang berasal dan dilahirkan di Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini, sesetengah aktivitinya bergantung kepada Maestro dan selebihnya Riz akan menggunakan inisiatif sendiri.



"Saya pun ada cari lagu sendiri dan telah habis merakam lagu duet Ku Pinjam Satu Bintang bersama Alya One In A Million ciptaan komposer Ajai dan penulis lirik Rosli.



Pada 29 Ogos lalu, Riz diterbang ke Jakarta, Indonesia untuk menjayakan pengambaran klip video lagu duetnya itu.



Menurut Riz, pemilihan Alya sebagai pasangan duetnya ditentukan oleh Ajai sendiri. Riz yang pada mulanya hanya mengenali Alya menerusi OIAM menyifatkan Alya merupakan pasangan yang secocok untuk berduet dengannya.



"Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali Alya. Saya hanya tahu dia ni pernah masuk OIAM dulu. Bagi saya, suara dia ni sedap juga.



"Pada mulanya saya tak tahu juga kenapa Ajai nak kami berduet. Saya rasa mungkin sebab Ajai nampak chemistry paduan suara kami berdua. Insya Allah, saya terima sahaja kalau dapat tawaran berduet lagi," ulas Riz yang popular dengan tagline "Apa Kehe Nyer Yob!" ini.



Pengambaran klip video yang mengambil masa selama dua hari di Galeria Andara, Kemang Barat, Jakarta itu dilakukan oleh krew produksi dari sana yang diketuai oleh pengarah Hedy Suryawan. Hedy sebelum ini pernah mengarahkan klip video lagu Matahariku termasuk lagu nyanyian Melly Goeslow.



"Saya rasa best seronok ketika berlakon dengan Alya dalam klip video tersebut. Salah satu perkara yang saya nampak adalah Alya ini agak berlainan daripada sesetengah artis wanita di luar sana.



"Saya cakap seperti itu kerana sesetengah artis perempuan ada yang meletakkan syarat tertentu tetapi dia ok pula. Contohnya, dia membenarkan lakonan berpegangan tangan.



"Ada satu babak tu, kami perlu berpegangan tangan. Pada mulanya kami seperti tiada 'chemistry'. Jadi, dia pula bertanya kepada saya samada boleh pegang tangan atau tidak. Sepatutnya saya yang kena tanya dia dahulu soalan itu. Kesimpulannya, bekerja dengan dia ok," cerita Riz yang juga baru selesai pengambaran drama yang melibatkan alumni AF6 serta menjayakan klip video lagu Hanya Sandiwara di Pulau Pangkor, Perak.



Jika membuat klip video di Indonesia, pasti orang terfikirkan kualiti klip video yang bagus seperti dilihat melalui klip video penyanyi-penyanyi tempatan sebelum ini. Contohnya, lihat sahaja pada klip video penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Mila AF5, dan ramai lagi. Apa kata Riz apabila dapat bekerjasama dengan produksi di sana?



"Bagi saya team produksi mereka betul-betul bagus. Setiap kali kita berhenti rehat sahaja, pasti mereka akan melayan kami dengan baik. Ada sahaja yang dihulurkan seperti air dan makanan. Kiranya mereka ini begitu menjaga kami dengan bagus.



"Semasa menjalani pengambaran, mereka ini bekerja dengan profesional dan best lebih-lebih lagi bersama pengarahnya Hedy yang best dan peramah," ujar Riz yang turut mengagumi cara kerja komposer Ajai yang turut serta semasa mereka menjalani pengambaran di sana.



Ajai ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada Alya dan Riz tentang bagaimana mahu menjiwai lagu.



Sudah terbiasa dengan Ajai, kata Riz, dia bakal merakamkan dua buah lagu single terbaru ciptaan Ajai yang salah satunya ditulis oleh Ajai dan sebuah lagu lagi ditulis oleh Abie Abdullah.

"Dua buah lagu tersebut akan dirakamkan dalam bulan puasa ini. Saya suka berkerja dengan Ajai kerana senang bekerja dengannya dan lagu ciptaannya juga tak kurang hebatnya.



"Insya Allah, saya memang berhasrat untuk menampilkan album single sendiri. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya sedang mengumpul material untuk menghasilkan album tersebut.



"Tetapi jika kita lihat kepada pasaran muzik sekarang, penerbitan album tersebut mungkin akan menjadi lambat sedikit. Semuanya bergantung kepada pihak Maestro. Kalau mereka nak buat cepat, Alhamdulillah.



"Selain itu, saya akan terlibat dalam pelancaran album Raya AF6 di mana saya menyanyikan lagu Syawal Kemaafan ciptaan Hadi Hassan," beritahu Riz yang turut terlibat dalam alih suara filem.



Selepas Riz terbabit dengan alih suara bahasa Melayu menerusi watak Shane Gray untuk filem Camp Rock The Movie, selepas ini Riz ditawarkan untuk membuat sebuah filem lagi iaitu Ninja Turtle.





Persediaan raya yang sederhana
Kali ini, Riz menyambut Hari Raya dengan status yang berlainan di mana sebelum ini dia hanyalah orang biasa tetapi kali ini mungkin berlainan sedikit memandangkan diri sudah bergelar artis popular.



"Persediaan sederhana sahaja dan tiadalah macam orang kaya. Saya lebih suka bersederhana dan tidak membazir.



"Kalau dulu saya hanya beli sepasang baju raya tetapi kali ini saya beli dalam dua hingga tiga pasang.



"Insya Allah kalau ada cuti saya akan balik beraya di Grik, Perak," ujar penggemar Nasi Impit dan Kuah kacang sebagai juadah di Hari Raya.



Riz juga tidak merancang untuk membuat 'open house' pada Hari Raya nanti. Sambil bergurau dia berkata, "Tengok dahulu macam mana, kalau tiada 'open house' mungkin saya akan buat 'close house'.".





Info Credit to : MStar Online








Posted by Ria's Zone at 10:46 PM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License