skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ▼ September (42)
      • RIA @ Promo Album Raya Di Selayang Mall
      • NADIA @ Media Hiburan Edisi 4-11 Oktober 2008
      • Picture RIA...
      • RUMAH TERBUKA RIZ DI GRIK,PERAK
      • Seloka Hari Raya Bersama Nadia & Nadia FC
      • Frame of RIZ...
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa Majalah EH!
      • RIA @ Pelancaran Album Raya AF6
      • Nadia @ Shooting Ada Cinta with Nubhan & Stacy
      • Video Nadia @ Iftar Nadia FC
      • Kontrak 'Mahal" Maestro
      • Video Nadia @ Iftar Nadia FC
      • Restu Peminat - Riz & Nadia Anggap Positif
      • Nadia After Iftar @ Old Town White Coffee
      • Majlis Berbuka Puasa Bersama Nadia & Nadia FC
      • Picture"s Of RIA
      • RIA @ REMIX EDISI RAYA
      • RIA@Media Hiburan Edisi Bumper Raya
      • RIA @ Majalah Hai Edisi Bumper Raya
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa Maestro
      • IFTAR BERSAMA NADIA & NADIAFC
      • RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO
      • RIA @ Majalah Mangga Edisi Oktober 2008
      • RIZ @ Promo Album Raya Di Batu Pahat Mall
      • Ucapan Dari Riz & Nadia
      • Nadia @ Kosmo 14 Sept. 2008
      • Riz Di Majlis Penutupan Citrarasa 2008 @ Miri,Sarawak
      • Riz Tercalon Dalam "Malaysia's 10 Most Stylish Men...
      • Nadia @ Penggambaran 'Ada Cinta' Di Kuala Pilah...
      • Riz & Nadia At Terengganu
      • Picture's Of RIA...
      • Nadia@Yok Sahur Murai Dot Com
      • Popia Terkenal Gara-gara AF6
      • RIZ AF : Beramal Pada Bulan Puasa Bukan Satu Trend
      • SUKA-SUKA R&R - YOK SAHUR
      • RIZ@TAYANGAN PERDANA CAMP ROCK,PAVILLION KL
      • RIANZ@Majlis Berbuka Puasa Bersama RIZ & RizFC
      • Riz @ Restoran Riz Tom Yam Seafood
      • NST Online - Word Has It
      • Camp Malaysia Rock
      • Bintang AF Sumbang Suara untuk "Camp Rock" Dalam B...
      • Nadia - Realiti Jadi Artis
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Kontrak 'Mahal" Maestro

Wednesday, September 24, 2008



BANYAK yang dikritik tentang syarikat rakaman Maestro Talent. Baik secara sembunyi atau berterus terang, kononnya banyak artis Akademi Fantasia 'makan hati' dengan pentadbiran syarikat rakaman berkenaan apabila bersikap tidak ambil peduli dengan nasib sebahagian daripada mereka.

Walau dalam 'gegar' yang hebat nada kritikannya, yang pasti Maestro adalah merupakan satu-satunya syarikat rakaman tempatan yang paling aktif dan maju ke depan.

Malah, artis yang sempat merasa sentuhan di Maestro Talent sewajarnya bersyukur kerana mereka mendapat peluang yang bukannya mudah untuk digapai oleh artis baru lain. Kumpulan pengurusan yang cekap, terlatih dan profesional ditawarkan oleh syarikat yang diterajui oleh Freddie Fernandez itu.

Antara artis yang pernah 'bising-bising' tentang Maestro Talent ialah si jelita Marsha. Dahulu, dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan tempat kelahirannya sebagai seorang penyanyi, kerana mahu bergerak sendiri dalam menaikkan karier seninya. Ketika itu Marsha kecewa dengan Maestro yang dianggap tidak melakukan apa-apa untuk perkembangan kerjayanya.

Namun itu kisah lama. Hari ini nada Marsha lain jadinya apabila dia mengakui hanya Maestro yang terbaik buat dirinya, sekurang-kurangnya buat masa dan ketika ini.

Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini mengakui apabila berfikir panjang, dia tidak sanggup untuk berbuat demikian tatkala memikirkan tentang kejayaan yang diperolehi semuanya bermula dari syarikat itu.
Lalu, bila dia ditawarkan untuk menyambung kontrak bersama Maestro selama setahun bersama teman-teman Akademi Fantasia 3 (AF3) lain seperti Mawi, Yazir dan Amelia, Marsha terus setuju.

Gadis berwajah seksi ini mengakui, sukar untuknya untuk membuat keputusan. Sebelum ini bukan kerana tidak pernah berterima kasih dengan Maestro, tetapi semangat mahu berdikari sendiri menyebabkan dia pernah terfikir meninggalkan Maestro untuk berdagang bakat yang ada.

"Memang dulu saya fikir lebih baik keluar saja. Tetapi bila fikir balik dengan masak-masak, sebagai pendatang baru, agak sukar untuk saya bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan seperti Maestro.

"Lagipun, saya tak yakin sejauh mana saya mampu untuk bergerak sendiri. Saya pun tak berani nak ambil risiko besar, takut makan diri sendiri nanti. Jadi, bila Maestro menawarkan kontrak baru kepada saya, lebih baik terima." katanya.

Menurut Marsha dengan perjanjian terbaru ini, dia masih menjadi milik mutlak Maestro dan segala kerjaya seninya terus diuruskan syarikat berkenaan dengan beberapa perubahan kepada terma kontrak seperti dipersetujui.

"Banyak kebaikan dalam kontrak ini. Saya turut memberi syarat tambahan kepada Maestro apa yang saya fikir sesuai. Bila sudah macam ni, saya rasa sebagai artis saya punya lebih banyak peluang untuk berbincang apa yang terbaik mengenai karier seni saya sendiri," tuturnya.

Berani ambil peluang
Sementara itu Yazir pula beranggapan peluang yang diberikan Maestro tidak wajar dilepaskan.
Sungguhpun sudah bernaung dibawah syarikat milik M.Nasir, Luncai Emas, Yazer mengambil peluang yang ada di depan mata dengan menerima pelawaan Maestro untuk menyambung kontrak selama setahun.

"Alang-alang rezeki sudah pun di depan mata, apa salahnya peluang itu diambil terus tanpa membuang masa. Lagipun Maestro cuma menguruskan kerjaya seni saya sahaja.
"Dalam industri ini, masih banyak perkara yang belum lagi saya tahu. Jadi saya mahu belajar dan lihat cara pengurusan artis dibuat." katanya.

Faktor lain yang buat dia terus menerima tawaran berkenaan ialah apabila mengenangkan keupayaan jentera publisiti syarikat berkenaan.

"Dengan Maestro, untuk meraih publisiti, ia agak mudah sedikit kerana syarikat ini merupakan syarikat yang mempunyai bilangan artis yang ramai. Sudah pasti mereka hebat dalam menguruskan artis," ujar Yazer.

Yazer mengakui, tanpa Maestro kerjayanya tidak akan terurus jika bergerak sendiri.

"Sekarang, dengan adanya kontrak ini, saya dah tak rasa kerjaya saya boleh terumbang ambing. Lagipun, saya memang tidak pernah bermasalah dengan pengurusan Maestro.

"Malah, dengan kehadiran album baru saya nanti, saya yakin, Maestro mampu mempromosikan album saya dengan baik selepas Aidilfitri ini," katanya begitu teruja.

Tak janji apa-apa
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez memberitahu, penyambungan kontrak Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer diberikan kerana pasaran masih memerlukan mereka.

"Biasanya, kontrak penyambungan yang ditawarkan adalah untuk artis-artis Maestro yang mempunyai permintaan yang berterusan di pasaran.

"Melihatkan empat artis AF3 ini mempunyai potensi besar di samping usaha kuat mereka, kontrak itu wajar diteruskan," kata Freddie.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan ini juga, dalam tempoh setahun mereka akan menilai pencapaian artis-artis naungan Maestro.

Andai kata kerjaya mereka sentiasa ditahap yang memberangsangkan, kontrak akan disambung lagi dan tawaran akan diberikan tetapi tanpa sebarang paksaan.

"Tapi, perlu diingat, kami tidak menjanjikan apa-apa. Kalau album tidak mendapat sambutan, kami tidak boleh nak buat apa lagi.Setakat ini keempat-empat artis ini sedang menyiapkan album masing-masing. Kami juga akan melatih mereka untuk menjadi penghibur yang terbaik.

"Melihatkan progres karier artis-artis AF, mereka semua diurus dengan baik. Lihatlah, Farah sebagai contoh. Dia bukanlah pemenang AF2, rezeki dia tetap hebat. Hingga kini, permintaan untuk mendapatkan Farah sentiasa tinggi," katanya selepas majlis berbuka puasa dan sidang media menandatangani penyambungan kontrak oleh empat artis AF3 itu di Bukit Bintang baru-baru ini.

Tambah Freddie, situasi berlaku kepada Farah itu menunjukkan 'kemenangan' bukan jaminan utama. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan untuk mencari apa saja peluang supaya terus bertahan. Dalam bidang ini, katanya persaingan sangat besar.

"Jika seseorang artis itu mempunyai disiplin yang tinggi dan pandai membawa diri, mereka pasti berjaya. Sekarang Maestro hanya memberi fokus kepada artis AF yang berpotensi.

"Terus terang, pihak kami tidak mampu menjaga semua artis AF. Mereka terlalu ramai. Jadi kami memilih hanya yang terbaik," katanya.
Pilihan yang dibuat oleh Maestro terhadap artis-artis ini menjadikan nilai kontrak di syarikat berkenaan lebih 'mahal' nilainya dibandingkan sebelum ini. Sememangnya sejak dari dulu lagi Maestro perlu membuat pengkelasan terhadap artis yang bernaung di bawah mereka dan bukannya menerima 'bulat-bulat' mana-mana artis yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia walaupun bakat mereka sekelumit cuma.

Selain itu, pada majlis tersebut, pihak Maestro turut melancarkan album raya, Salam Aidilfitri Akademi Fantasia... Impian Syawal.

Mendengar lagu-lagu raya ini, ia memberi suntikan raya yang agak berbeza berbanding lagu-lagu raya yang sedia ada.

Muzik yang lebih urban membuatkan antara lagu-lagu seperti Impian Syawal, yang dinyanyikan oleh artis-artis AF6, Raya Datang Lagi (Stacy), Syawal Kemaafan (Riz), Segaris Bulan Sabit (Nubhan) dan Syawal Di Rantauan (Toi), memberikan satu suntikan baru dalam muzik raya.
Info & Pic credit to : Kosmo Online

Posted by Ria's Zone at 11:52 PM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License