skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ▼ 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ▼ May (9)
      • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja @ Ipoh
      • Nadia @ Shooting Cak Cak 2009
      • Update Nadia @ Magazine
      • Belajar Bergerak Sendiri
      • Nadia Tetap Rock!!!
      • Nadia Dapat Hadiah
      • RIZ Puas Bawa Keluarga Bercuti Di Perth
      • Nadia Birthday Bash Concert 2009
      • NADIA @ URTV Terbaru
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ► 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Nadia Tetap Rock!!!

Tuesday, May 12, 2009

Align Center



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

wanasr@hmetro.com.my

BERTUBUH genit, namun mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri. Itulah Nadia Haswani Hasnan atau Nadia. Bakat nyanyian yang dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6).



Sering tampil dengan imej rock yang cukup sinonim dengan kelantangan vokal milik gadis kelahiran ibu kota ini. Anak sulung daripada dua beradik ini menaruh impian tinggi dalam bidang seni.



Mula dikenali selepas penampilannya dalam AF6 biarpun impian untuk meraih gelaran pada kemuncak program itu tidak kesampaian. Namun, Nadia yang menyambut ulang tahun ke-19 pada 14 April lalu berbangga dengan pencapaian berada dalam kelompok kelima teratas dalam saingan itu.



Seperti kebanyakan artis baru yang mula berasa tempias populariti dan kehidupan sebenar apabila berkecimpung dalam dunia seni hakikat itu turut dirasai Nadia. Malah kemunculan ramai artis baru dan peserta program realiti yang diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan baginya persaingan positif dalam dunia seni.



Bakat nyanyian Nadia turut mendapat perhatian ramai. Selain popular menerusi lagu Histeria untuk lagu tema filem Histeria, dia juga mempertaruhkan lagu single dengan konsep muzik rock n roll, Dia, Aku dan Kamu duet bersama kumpulan Indonesia, Red Peanut. Selain merakamkan semula lagu Kalut Lagi Mengarut yang pernah dinyanyikan ketika pentas akhir AF6.



Tidak terhad kepada nyanyian Nadia turut berlakon. Percubaan pertamanya ketika menjayakan sitkom, Angguk Angguk Geleng Geleng (AAGG) yang dihasilkan unit drama RTM. Sitkom itu bakal disiarkan bulan ini. Nadia membawa watak Adik di samping lakonan Along Cham, Sabri Yunus, Khatijah Tan, Imuda dan Zami Ismail.



Menurut Nadia, sebelum ini dia pernah terbabit dalam beberapa program khas berbentuk sketsa sempena menyambut Syawal lalu seperti Coret-Coret Hari Raya yang turut menyaksikan penyertaan pelajar AF serta Ada Cinta yang menyaksikan pembabitan Stacy dan Nubhan. Begitupun, untuk lakonan di luar daripada AF sitkom itu adalah yang pertama baginya.



"Saya mahu mencuba benda baru. Menerusi lakonan juga saya harap dapat mengembangkan bakat seni yang ada. Pembabitan menerusi sitkom ini secara tidak langsung memberi ilmu dan membolehkan saya mengetahui serba sedikit mengenai selok-belok dunia lakonan.



"Saya juga bertuah kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan mereka yang berpengalaman dalam bidang lakonan. Kebanyakan pelakon seperti Khatijah Tan dan Zami Ismail banyak memberi galakan dan membantu ketika sesi penggambaran berlangsung. Malah saya kagum dengan sikap pelakon senior yang tidak lokek ilmu dan boleh bertukar pandangan.



"Mula terbabit dalam sitkom ini memang malu dan gugup memandangkan tidak mengenali sesiapa, tetapi lama kelamaan perasaan itu dapat diatasi. Malah pengarah dan rakan sering memberi bimbingan dan tunjuk ajar," katanya.



Lakonan baginya sebagai platform mengembangkan bakat dan keutamaan masih dalam bidang nyanyian. Begitupun jika diberi peluang dia mahu menjayakan watak antagonis pada masa akan datang.



Apabila ditanya mengenai nasib bersama Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) yang sudah menutup operasinya dan diambil alih Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Nadia enggan mendedahkan butiran lanjut memandangkan segalanya masih dalam perbincangan membabitkan pihak pengurusan dan beberapa artis yang pernah bernaung di bawah Maestro.



Malah baginya segala kontrak atau perjanjian susulan bergantung kepada tawaran dan perbincangan bersama pihak pengurusan AESB kelak.



Ketika memenuhi undangan menjayakan sesi fotografi di Studio NSTP di Bangsar, Kuala Lumpur Nadia mengenakan pakaian sukan sesuai imejnya yang ceria, 'gila-gila' dan keanak-anakan.



Mengenai perkembangan album, Nadia memaklumkan mengikut trend semasa seperti dilakukan kebanyakan artis yang cuba mengetengahkan single terlebih dulu.



"Saya masih merancang untuk menghasilkan album solo. Memandangkan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan selain pasaran album yang tidak menentu, saya merancang menghasilkan lagu single tidak lama lagi. Masih dengan konsep rock yang memang saya minat sejak sekian lama dan cukup sesuai dengan jiwa saya.



"Saya masih baru dalam bidang ini. Soal lambat atau cepat untuk menghasilkan album solo tidak menjadi persoalan buat saya. Apa yang penting saya berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan nanti," katanya yang turut membantu keluarga menguruskan perniagaan makanan popia di East West Stations, Setiawangsa, yang beroperasi sejak 2004.



Nadia yang menyimpan impian untuk berganding suara bersama otai rock, Hattan mengakui keluarga banyak memberi galakan dan dorongan kepadanya untuk terbabit dalam bidang seni. Biarpun ada keluarga yang menguruskan perniagaan, ia bukan bermakna dia boleh duduk senang.



Sebaliknya, dia lebih suka berjimat untuk keperluan masa depan selain berdikari supaya mendapat kepuasan terhadap apa yang dilakukannya.



"Saya tidak mahu dikatakan terlalu bergantung kepada keluarga sebaliknya lebih suka berusaha dengan hasil titik peluh sendiri. Jika ada kelapangan saya akan membantu mengurus perniagaan keluarga yang ada pasang surutnya. Itu sebabnya kami sekeluarga tidak boleh duduk senang lenang.



"Perniagaan kami juga tidak sebesar mana dan perlu berjimat cermat untuk bekalan pada masa hadapan," katanya.



Nadia dengan kerjasama ahli peminat www.nadiafc.com turut mengadakan majlis sambutan ulang tahunnya, Nadia 19th Birthday Bash Concert Live di KKlub, Taman Melawati, 3 Mei lalu, jam 8.30 malam.



PROFIL



NADIA



NAMA PENUH: Nadia Haswani Hasnan



TARIKH LAHIR: 14 April 1990



TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur



ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada dua beradik



PENCAPAIAN: Tempat kelima Akademi Fantasia musim keenam (AF6)



KERJAYA: Penyanyi dan pelakon



SITKOM: Angguk Angguk Geleng Geleng (AAGG)



LAGU: Dia, Aku & Kamu, Kalut Lagi Mengarut dan Aku dan Kamu (duet bersama kumpulan Indonesia, Red Peanut)




Artikel & Foto : Harian Metro

Posted by Ria's Zone at 12:28 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License