skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ▼ 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ▼ May (9)
      • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja @ Ipoh
      • Nadia @ Shooting Cak Cak 2009
      • Update Nadia @ Magazine
      • Belajar Bergerak Sendiri
      • Nadia Tetap Rock!!!
      • Nadia Dapat Hadiah
      • RIZ Puas Bawa Keluarga Bercuti Di Perth
      • Nadia Birthday Bash Concert 2009
      • NADIA @ URTV Terbaru
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ► 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Belajar Bergerak Sendiri

Tuesday, May 12, 2009

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


BERGAMBAR kenangan bersama keluarga dan kakitangan Nadia Cribs Entertainment.

Nadia akui perjalanannya dalam bidang seni bukan laluan mudah

ENTAH di mana silapnya, rezeki finalis Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia Haswani Hasnan atau Nadia untuk menyinar bagaikan belum ada. Belum cukup diuji dengan perihal itu, dia hampir hilang arah gara-gara penutupan syarikat Maestro Talent Management Sdn Bhd 1 April lalu.

Tipulah kalau gadis genit ini berkata apa yang terjadi itu tidak memberi kesan kepadanya. Ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda dunia, ia pasti menjadi cabaran hebat buat sesiapapun untuk memastikan ‘dapur terus berasap’.

Namun, pada bulan itu yakni pada tanggal 14 April juga dia meningkat usia menjadi 19 tahun. Tidak mahu terus larut dengan pelbagai masalah yang datang tanpa diduga, anak kepada Hasnan Yusof dan Jamaayah Sulong ini tidak boleh terus menyerah kalah. Dia tetap tegar berjuang untuk memastikan impiannya menjadi realiti.

Malah, selepas perbincangan dengan Astro Entertainment Sdn Bhd, Nadia kini sudah bebas dan tidak mempunyai ikatan dengan syarikat itu lagi. Selesa bergerak sendiri, Nadia sedar langkahnya ke depan bukanlah semudah yang disangka.

“Rentetan penutupan Maestro, resah gundah juga hati ini pada mulanya. Bayangkan dulu semua jadual kerjaya diatur rapi, namun sekarang semuanya sudah berubah. Apa saja yang ingin dilakukan perlu atas tapak kaki sendiri. Bagaimanapun, Nadia yakin setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah terselindung.


NADIA memotong kek hari lahirnya sambil diperhatikan ibu bapa dan adik.

“Ia banyak mengajar Nadia mengenai kehidupan, bahkan mematangkan Nadia daripada pelbagai sudut. Malahan, dengan sokongan keluarga, peminat dan syarikat Nadia Cribs Entertainment, Nadia ambil sebagai kekuatan melayari masa mendatang.

“Nadia tahu ada yang nampak begitu kebal dinding di luar sana daripada membiarkan Nadia terus menyerlah. Semuanya bukan kehendak Nadia, ia umpama dugaan yang harus Nadia harungi untuk meyakinkan orang bahawa Nadia mampu membuat yang terbaik. Nadia tak boleh berputus asa dan kena bijak mencari peluang yang ada,” katanya yang terikat dengan persembahan konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja bersama Istana Budaya mulai minggu lalu membabitkan beberapa lokasi seperti Perak, Pahang dan Johor.

Mengidam untuk memiliki album sendiri, Nadia memberitahu ada beberapa syarikat rakaman yang berminat untuk melamarnya. Bagaimanapun semuanya masih belum ada kata putus dan Nadia tidak terlalu mengharap.

“Kita tunggu sajalah perkembangannya nanti. Kalau ada rezeki Nadia dengan mana-mana syarikat rakaman, Nadia tak akan menolak. Kalau pun tak mampu muncul dengan album penuh, Nadia berhasrat nak menghasilkan single dan sedang mencari komposer untuk membikinnya.


NADIA selesa dengan gaya rock.

“Apa pun yang bakal dirancang sekarang, Nadia kena beringat. Setakat ini adalah wang simpanan sepanjang Nadia menyanyi yang boleh digunakan untuk mencari lagu single. Selain itu, keperluan keluarga pun harus Nadia utamakan memikul tanggung jawab sebagai anak sulung,” katanya yang pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Histeria.

Sementara itu, satu majlis sambutan hari lahir Nadia diadakan pada 3 Mei lalu di sebuah kelab di Taman Melawati. Ia dianjurkan Nadia Cribs Entertainment dan Nadia Fan Club. Majlis itu turut mendapat tajaan McDonalds dan Berita Publishing.

“Biarpun disambut lewat pada tarikh asalnya, Nadia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada yang bersusah payah memastikan majlis itu berjalan lancar dan jayanya. Tak dilupakan kepada pihak menaja yang sudi menaja dan peminat serta rakan wartawan yang sudi hadir memeriahkan suasana.

“Sepatutnya majlis ini dirancang pada bulan lalu, namun atas beberapa masalah, ia ditangguh hingga ke bulan ini. Sambutan ini adalah yang kali pertama diraikan bersama kelab peminat Nadia,” katanya yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan terbabit dalam sebuah sitkom untuk siaran RTM berjudul Angguk Angguk Geleng Geleng.

Pada majlis itu, Nadia turut memberikan persembahan bertenaga diiringi bandnya menerusi tujuh buah lagu Total Eclipse of The Heart, Entersand Man, Pelesit Kota, So What, Heaven & Hell, Sweet Child of Mine dan Kalut Lagi Mengarut (Nadia).

Kumpulan indie Broken Riffs antara kenalan Nadia yang turut meluangkan masa memberikan persembahan pembukaan sebelum majlis berlangsung.

INFO: Nadia

  • Dilahirkan pada 14 April 1990

  • Pernah digosipkan bercinta dengan Riz AF6

  • Teringin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.

  • Meminati genre muzik rock dan lagu rancak.

  • Kerap memenangi pertandingan karaoke yang disertainya seperti Karaoke Alam Sentral, Kelab Orange, La Lacos Pub dan All Star Corner.

  • Pernah berduet dengan sebuah kumpulan dari Indonesia dipanggil Red Peanut menerusi lagu nukilan Eddie Hamid dan lirik oleh Fedtri Yahya berjudul Dia Aku Dan Kamu. Malah atas undangan RMZ Showbiz, Nadia turut membuat persembahan konsert mini di Indonesia Mac lalu.


  • Artikel & Foto : www.bharian.com.my

    Posted by Ria's Zone at 11:06 PM  

    0 comments:

    Post a Comment

    Newer Post Older Post Home
    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Blog Design by Gisele Jaquenod

    Work under CC License.

    Creative Commons License