Nadia dapat hadiah
WAH! Meriah sungguh Joyah dengar sambutan meraikan ulang tahun kelahiran Nadia yang ke-19 yang disambut 3 Mei lalu. Walaupun sambutannya dibuat lewat sebulan tapi Nadia tetap berbangga dan seronok dikelilingi keluarga dan peminat setianya.
Joyah dengar banyak hadiah-hadiah yang Nadia dapat daripada keluarga dan peminat. Antaranya telefon bimbit, iPod dan minyak wangi.
Namun dengarnya yang paling disukai Nadia adalah sebuah replika KLCC. Sebab bagi Nadia ia simbolik dan merupakan tanda ingatan daripada peminat agar Nadia mampu mencapai cita-citanya yang setinggi bangunan pencakar langit itu.
Iyalah, Joyah dengar Nadia pun berharap sangat tahun ini kerjayanya meningkat. Bukan sekadar bidang nyanyian malah kalau boleh dia mahu jadi pengacara dan pelakon. Baguslah begitu Nadia. Dianjurkan oleh kelab peminat Nadia FC dan Nadia Cribs Entertainment, majlis sambutan hari lahirnya itu dihadiri kira-kira 80 tetamu dan berlangsung di sebuah kelab di ibu kota.
Seronoknya, bukan sahaja Nadia dan peminat beramah mesra, tetamu yang hadir juga dihiburkan oleh Nadia.
Joyah dengar tujuh lagu rock Nadia sampaikan pada malam itu antaranya tentulah lagu popularnya Kalut Lagi Mengarut.

Malam itu Nadia juga menyanyikan beberapa lagu rock popular Inggeris seperti Entersand Man (Metallica), Sweet Child of Mine (Gun & Roses), Total Eclipse of The Heart (Bonnie Taylor), So What (Pink) dan Heaven & Hell (Black Sabbath) serta Pelesit Kota (Search).
Info & Foto : Cosign45 & Srisaujana
Artikel : Mingguan Malaysia (10 Mei 2009)

0 comments:
Post a Comment