Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja. Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan. Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin
Kali nih special sikit, kite celebrate sambil menyaksikan persembahan Live Nadia & Band. Temanya ialah ROCK!
Lokasi event ini bertempat di K Klub (dulu dikenali sebagai Century Paradise Club) yang terletak di-
Jalan Melawati 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Sesiapa yang berminat, sila bank-in bayaran anda ke akaun yang tertera di poster & kemudian SMS ke no. 017 - 7007 226 (rockin) untuk mengesahkan bayaran anda.
Pada 12 Mac yg lalu, NFC telah mengadakan perlawanan persahabatan Futsal antara NFC dan Stacy FC. Perlawanan ni diadakan sekadar untuk merapatkan lagi silaturrahim antara NFC dan SFC...Tahniah pada SFC yg menang perlawanan mlm tu...klu nk tau crite lanjut lagi sila layari blog Rockin..
Kemunculan calon akhir ABPBH 2008 tetap ditunggu peminat yang tidak mahu lepas peluang mendekati artis pujaan
HUJAN yang membasahi bumi Kuala Terengganu petang kelmarin nyata bukanlah satu penghalang kepada lebih 5,000 warga negeri itu untuk sama-sama berhibur di siri jelajah promosi Anugerah Bintang popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang diadakan di pekarangan tempat meletak kereta, pusat beli-belah Mydin Mall.
Kesetiaan mereka untuk menyokong calon akhir ABPBH 2008 terbukti apabila mereka sedikitpun tidak berganjak dari tempat masing-masing walaupun hujan semakin lebat. Biarpun dalam keadaan basah kuyup dan terpaksa bersesak-sesak, namun semua kesukaran itu sabar dilalui asalkan hasrat untuk bertemu calon akhir yang selama ini hanya dapat disaksikan menerusi TV menjadi kenyataan.
Sebaik saja pengangkutan rasmi ABPBH 2008, Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd berhenti di belakang pentas utama, sudah kelihatan masing-masing sudah bersedia dengan kamera dan telefon bimbit di tangan untuk merakamkan wajah artis kesayangan mereka.
Keresahan menanti bertukar menjadi girang dan senyuman tak henti-henti terukir di wajah mereka apabila insan yang dinanti kini menjelma di depan mata. Lebih menggembirakan apabila barisan calon akhir seperti Diana Danielle, Adam, Riz, Ayu OIAM, Nubhan, Kenchana Dewi, Fabulous Cats, Faizal Ismail, Sheila Mambo dan Zizan Raja Lawak begitu mesra melayan kerenah mereka.
Kesempatan lebih setengah jam sementara menanti upacara perasmian dilakukan digunakan sepenuhnya peminat untuk bergambar kenangan bersama artis pujaan mereka yang dilakukan di gerai Berita harian yang lokasinya tidak jauh dari pentas utama.
Walau terpaksa membayar RM10 ringgit untuk sekeping gambar, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana mereka tahu nilai itu takkan sama dengan pengalaman berharga yang dilalui tidak sampai beberapa saat itu.
Kira-kira jam 2.15 petang, sebaik saja tali yang mengikat belon dipotong oleh Timbalan Pengerusi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Wan Abd Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, maka secara rasminya bermulalah siri jelajah promosi di lokasi yang mendapat jolokan negeri cantik, budaya menarik ini.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Wan Abd Hakim berkata, siri jelajah promosi ABPBH di Terengganu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri kerana pihaknya percaya industri hiburan juga mampu memberi pulangan serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri itu.
Hadir sama menyaksikan acara itu adalah Pengarang kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail serta wakil penaja.
Selepas acara perasmian, pentas sederhana besar itu terus digamatkan dengan persembahan artis. Membuka tirai persembahan adalah dua bintang realiti, Adam dan Riz.
Persembahan seterusnya semakin meriah dengan kemunculan penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Zizan. Ia menjadi semakin hangat dengan persembahan daripada anak jati Kuala Terengganu, Aiman.
Walaupun mengakui pemalu dan gugup kerana membuat persembahan di kampung kelahiran sendiri, Aiman yang cukup popular dengan lagu Dusta Berkalang ini berjaya melunaskan tanggungjawabnya itu dengan baik.
Fabulous Cats sanggup basah
PERSEMBAHAN pada petang itu bukan saja diserikan dengan acara nyanyian, tetapi turut diselitkan persembahan lawak jenaka yang datangnya daripada calon akhir ABPBH 2008 dari bidang lakonan. Acara sketsa yang dilakukan oleh pelakon remaja jelita, Diana Danielle, Kenchana Dewi dan Sheila Mambo berjaya mengundang hilai tawa penonton dengan telatah lucu mereka.
Ada saja idea kreatif mereka untuk mengenakan peminat yang tampil ke atas pentas semata-mata kerana ingin memenangi hadiah yang ditawarkan. Yang penting, pengunjung yang hadir cukup sporting dan tak kisah apabila mereka 'disakat' oleh tiga pelakon tadi.
Sebagai hadiah kepada sesi soal jawab yang diadakan bersama penonton, mereka yang bertuah berpeluang menaiki kenderaan bersama artis yang mereka ingini. Walaupun sekadar meronda-ronda di persekitaran kawasan pusat beli-belah itu namun tidak semua berpeluang menikmati situasi seperti itu apatah lagi apabila diri ditemani artis kesayangan.
Sebagai kenangan, sempat juga Diana, Riz, Adam, Farhana dan Wangi dari kumpulan Fabulous Cats bergambar kenangan di sisi kereta Nissan Grand Livina bernilai RM94,000 1.8L khusus untuk pembaca bertuah, selain kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 yang menjadi hadiah untuk Bintang Paling Popular.
Cuaca dingin bertukar hangat apabila kumpulan yang popular dengan lagu Papa Jahat iaitu Fabulous Cats sanggup turun dari pentas dan bermain hujan semata-mata kerana ingin melihat persembahan petang itu lebih meriah. Nyata strategi mereka itu berjaya apabila penonton memberi reaksi positif apabila turut sama berganjak ke depan pentas semata-mata kerana ingin menari dan menyanyi bersama mereka.
"Tujuan kami ke sini untuk menghiburkan dan dekat dengan mereka. Jadi saya beranikan diri untuk turun dari pentas walaupun hujan. Selepas melihat reaksi yang baik daripada penonton, saya minta tiga anggota lain bersama-sama kami menyanyi dan menari dalam hujan.
"Memang menyeronokkan dan kami puas hati," kata jurucakap kumpulan ini iaitu Cat Farish. Mereka menyanyikan lagu Bawaku Terbang, Slot Akasia serta lagu popular mereka, Papa Jahat.
Turut menghiburkan penonton dengan vokal mantapnya adalah juara One in A Million musim kedua, Ayu Damit menerusi lagu Hanya di Mercu serta Ku Peluk Dunia. Dicalonkan dalam kategori Artis baru Wanita Popular, Ayu akui pengalaman membuat persembahan di Kuala Terengganu, cukup mengujakan.
"Ini kali pertama saya ke Kuala Terengganu. Melihat sambutan ini, Ayu seronok dan kalau diberi peluang, pasti akan datang lagi ke sini dan ikut serta dalam mana-mana siri promosi selepas ini," kata gadis yang berasal dari Sabah ini.
Sebagai penutup persembahan, Adam sekali lagi ditampilkan di atas pentas. Tidak dapat dinafikan, keupayaan anak muda ini cukup terserlah lebih-lebih lagi apabila dia membawakan lagu rancak, Robot sambil diiringi penari. Ternyata dia ada gaya tersendiri dan tidak hairanlah andai dia masih lagi dicalonkan untuk ABPBH walaupun sudah empat tahun jejaka ini keluar dari sarang Akademi Fantasia.
Selepas acara tamat, semua artis dan kru ABPBH dijamu dengan nasi minyak yang lazat tajaan Mydin Mall. Walaupun penat, tergambar kepuasan pada wajah masing-masing kerana misi mereka iaitu menghiburkan peminat dengan lebih dekat, berjaya.
Artikel dan Foto credit to : Heartsnsoul & Berita Harian
Bekas naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau lebih dikenali sebagai Riz, muncul dengan album sulungnya, ‘Bermula Semula’, yang bakal dipasarkan pada bulan April atau Mei nanti.
Ketika ditemui di majlis pra-dengar albumnya di pejabat Maestro di Plaza Damansara baru-baru ini, Riz mengakui bersyukur kerana kerjaya seninya berjalan dengan lancar. Apatah lagi, ramai rakan-rakan AF lain masih ternanti-nanti giliran untuk menghasilkan album sendiri.
"Sebelum ini saya hanya muncul dengan single “Hanya Sandiwara” dan saya berterima kasih kepada para peminat yang menerima lagu tersebut dengan baik. Saya juga pernah merakamkan lagu duet bersama Alya, “Ku Pinjam Satu Bintang”.
"Pada mulanya, saya hanya mahu buat single yang terdiri daripada sebuah lagu balada dan sebuah lagu rancak. Namun segalanya berubah dan perancangan untuk menghasilkan single bertukar menjadi album apabila saya bertemu dengan komposer Ajai.
"Ini kerana dengannya segala-galanya menjadi lebih mudah kerana kami banyak berbincang tentang apa yang kami inginkan. Kiranya album ini adalah kerjasama terbaik saya dengan Ajai dan saya memilih Ajai sebagai penerbit kerana saya yakin dengan kemampuannya.
"Apatah lagi, sejak dahulu saya memang berminat untuk bekerjasama dengannya. Mungkin bagi penyanyi lain mereka suka ramai penerbit di dalam album mereka, tetapi bagi saya, saya mahu album saya mempunyai sebuah konsep dan bukan rojak," ujar Riz.
Ditanya mengapa ‘Bermula Semula’ dipilih menjadi judul album, anak kelahiran Perak ini memberitahu, selepas menyertai AF6 dia kini melibatkan diri dalam dunia seni yang serba mencabar. Malah persaingan juga semakin sengit.
"Kalau di dalam AF6, dunia saya agak kecil. Tetapi kini saya perlu bersaing dengan semua penyanyi sedia ada dan saya berharap agar mendapat tempat di hati peminat. Album ini juga bermakna bermulanya perjuangan saya di dalam dunia nyanyian selepas AF6," katanya.
Diusik dengan persoalan tentang persaingan bakal pelajar AF7 yang akan hadir tidak lama lagi, Riz mengakui di dalam apa jua bidang memang wujud persaingan. Namun dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuknya mundur di dalam dunia seni.
"Memang, hari-hari ada sahaja penyanyi baru yang muncul. Bukan setakat pelajar AF7. Oleh sebab itu, saya perlu memandang segala persaingan ini secara sihat dan tidak perlu takut untuk menghadapinya. Saya yakin dengan kerja keras, disiplin serta lagu-lagu berkualiti yang saya berikan kepada peminat, diri saya akan diterima," ujarnya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan idolanya, Anuar Zain.
Dalam pertemuan itu juga, Riz berharap kehadiran album ‘Bermula Semula’ akan menepis pandangan klise yang mengatakan dia mempunyai persamaan dengan Anuar. Katanya melalui album tersebut dia cuba menonjolkan kekuatan vokalnya di samping mewarnakan lagu-lagu yang ada di dalam album yang berkonsepkan pop itu dengan caranya yang tersendiri.
"Proses rakaman bermula pada bulan September tahun lalu dan sepanjang proses rakaman, saya tidak mengalami sebarang masalah. Namun ada juga lagu yang sukar untuk saya nyanyikan kerana susah untuk dapatkan mood yang sesuai.
"Oleh sebab itu, saya memerlukan masa yang panjang untuk merakamkan lagu tersebut. Namun saya bernasib baik kerana Ajai banyak memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya. Kini, barulah saya sedar bukan mudah untuk menghasilkan album dan saya masih perlu banyak belajar untuk bergelar penyanyi yang baik," katanya.
Selain lagu “Hanya Sandiwara”, “Ku Pinjam Satu Bintang” dan “Bermula Semula”, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album yang diterbitkan oleh Riz Entertainment dan Maestro ini ialah “Harus Ku Yang Pergi”, “Kehilangan”, “Kau Wanita”, “Cinta Ini” serta “Khilaf”.
"Selepas ini kami merancang untuk mengetengahkan lagu “Harus Ku Yang Pergi”, ciptaan Ajai. Lagu tersebut agak perlahan dan sesuai dengan vokal saya. Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia merupakan antara lagu yang paling saya gemari," jelasnya.