skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ▼ 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ▼ March (13)
      • RIA@SukaRia Ceria 290309
      • RIA@Astro Ceria, Penang
      • Update Video Riz @ GSA Penang
      • Nadia 19th Birthday Bash Concert!!!
      • Nadia @ MH Keluaran 14 Mac 2009
      • Nadia @ Friendly Match Futsal NadiaFC & StacyFC
      • Update Riz @ Berita Harian 16 Mac 2009
      • Riz @ HIP Berita Harian 16 Mac 2009
      • Riz Harap Tuah "Bermula Semula"
      • Kemampuan Riz Jadi Kebanggaan Ajai
      • Artikel Kosmo : Beli BMW Hasil Tajaan?
      • Nadia @ Bandung,Indonesia
      • Riz @ Mangga Star Search 2009
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ► 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Artikel Kosmo : Beli BMW Hasil Tajaan?

Tuesday, March 10, 2009

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada diatas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasikewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satukesalahan besar" – RIZ



BARU melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah.

Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan.

Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.

Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelipmata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.

Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.

"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.

"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang sayabayar untuk beli kereta ini.

"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.

"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.

"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidakberasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENARUH harapan. Riz yakin album sulungnya yang meraih sentuhan Ajai bakal memiliki daya saing di pasaran.

Menghuraikan lebih lanjut, Riz memberitahu, kereta BMW itu dibeli dengan menggunakan sumber kewangan hasil titik peluh sendiri selepas bergelar seorang penyanyi.

"Saya bayar wang pendahuluan kereta ini menggunakan duit simpanan peribadi dan dicampur dengan wang yang diterima sebanyak RM15,000 hasil kemenangan saya setelah diumum sebagai naib juara AF6.

"Kalau ada orang lain yang mendakwa saya tidak dapat banyak meraih undangan nyanyian, tetapi saya tetap bersyukur kerana masih mampu untukb ayar ansuran bulanan kereta.

"Sekiranya dalam satu-satu bulan saya tidak dapat duit hasil nyanyian seperti sebelumnya, lantas saya akan bayar dengan menggunakan wang simpanan sendiri.

"Saya minat dengan kereta jenama BMW. Sementara ada duit dan namasaya masih lagi dikenali peminat, saya rasa lebih baik beli kereta ini terlebih dahulu.

"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas,malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar.

"Tidak timbul soal ada orang taja saya," jawab anak muda berusia 22 tahun itu dengan riak wajah cukup tenang.

Riz atau nama lengkapnya Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi pantas membuat perbandingan antara pengertian hadiah dan tajaan yang diberikan seseorang.

"Kalau saya dapat hadiah, sudah tentu saya akan ambil kerana ia merupakan pemberian ikhlas daripada peminat yang begitu menghargai bakat nyanyian saya.

"Kalau hadiah diberikan, saya akan memberitahu kepada orang lain termasuk wartawan kerana tiada salahnya mengambil hadiah yang berada didepan mata.

"Asalkan niat si pemberi ikhlas serta tiada maksud yang terselindung, saya terima dengan hati dan tangan terbuka.

"Lagipun hadiah yang diberi tidak haram kalau saya ambil, lainlah kalau orang yang beri hadiah punya niat lain agar saya buat itu dan ini dengan dia, maka saya berhak untuk menolak pemberiannya.

"Saya masih tahu mengenali orang yang berhati ikhlas atau sebaliknya yang ada agenda tertentu," jelas Riz tegas.

Umum mengetahui, sebagai naib juara AF6, Riz akan menerima sebuah kereta Naza Bestari.
Lantaran itu, riak keterujaan jelas terlihat pada raut wajah Riz yang menjelaskan kereta itu bakal menjadi hak miliknya, tidak lama lagi.

"Saya tidak akan menjual kereta hadiah kemenangan saya itu nanti walaupun sudah membeli BMW. Saya juga telah merancang untuk menggunakan kereta sedia ada bagi perjalanan jarak jauh.

"Kalau berada dalam sekitar KL, saya akan memandu Naza Bestari (bila dapat nanti) kerana fizikalnya yang lebih kecil jika dibandingkan BMW,"ujarnya yang berasal dari Grik, Perak.

Tidak dibayangi Anuar

Tidak mengalami nasib yang sama seperti artis lain di bawah Maestro yang terpaksa menanti dalam waktu panjang untuk muncul dengan album masing-masing, Riz cukup bertuah apabila album sulungnya, Bermula Semula akan menemui peminat bulan April nanti.

Album yang disempurnakan dengan kolaborasi daripada Riz Entertainment dan Maestro itu, memuatkan sebanyak lapan buah lagu yang rata-ratanya cukup memikat hati.

Riz, yang lahir pada 19 Disember 1986 menjadi insan paling gembira kerana dapat mempersembahkan buah tangan pertama kepada peminat.

"Saya begitu puas hati dengan kemunculan Bermula Semula apatah lagi penghasilan album ini merupakan kerjasama syarikat saya dan Maestro.

"Saya mempunyai hak mutlak dalam soal pemilihan lagu-lagu. Daripada soal pemilihan lagu dan memasuki studio merakam lagu mulai bulan September hingga awal Januari lepas, saya tidak menghadapi sebarang masalah.

TIDAK alpa dengan arus perubahan zaman, Riz sentiasa mencari inisiatif sendiri bagi memastikan namanya terus terpahat dalam dunia hiburan tanah air.

"Lapan buah lagu yang terdapat dalam album ini, semuanya saya suka. Album ini ada kelainan tersendiri jika dibanding dengan album artis lain yang sedia ada di negara ini.

"Saya juga membawakan lagu-lagu dengan elemen segar dan mengikut selera pasaran muzik masa kini.

"Tidak dinafikan, muzik boleh diumpamakan fesyen. Peminat selalu mahukan yang baru. Saya percaya album saya bakal digemari peminat kelak. Mudah-mudahan hendaknya.

"Contohnya lagu ciptaan Ajai yang berjudul Cinta Ini. Kalau dengar betul-betul, susunan muziknya begitu menarik dan mengikut peredaran zaman," ungkap Riz yang gemar bermain permainan video apabila mempunyai waktu lapang.

Menjadikan Anuar Zain sebagai idola, sebaliknya Riz tidak menganggap album Bermula Semula memiliki persamaan dengan album milik penyanyi tampan itu.

"Kalau peminat dengar lagu saya, mereka mudah membuat kesimpulan bahawa ia merupakan lagu saya.

"Saya cukup kagum apabila menyaksikan Anuar membuat persembahan dan menyanyi secara langsung di depan peminat.

"Kalau ada sesetengah yang mendakwa album saya dibayangi oleh Anuar atau saya cuba meniru dia, peminat sendiri boleh menilai.

"Sudah tentunya kulit album depan menampilkan wajah lain dan suara juga lain," tutur Riz cuba berseloroh.

Enggan fikir hilang populariti

Dalam kesukaran album penyanyi tempatan untuk terjual dan munculnya AF7 pada bulan sama Riz dijadual melancarkan album perdananya, lantas timbul tanda tanya apakah dia tidak gentar berdepan dengan situasi tersebut?

Mengakui enggan memikirkan tentang kehadiran AF7 nanti, yang ada kebarangkalian boleh mengurangkan popularitinya selepas ini, Riz sekadar menyerahkan soal ini kepada rezeki.

"Saya tidak fikir dengan kemunculan AF7 kelak, populariti saya akan hilang sekali gus membantutkan penjualan album sulung saya.

"Kalau saya terus berfikir negatif tentang soal ini, rasanya saya tidak boleh hidup. Lagipun kita sentiasa lihat kehadiran artis-artisbaru dalam bidang seni hampir setiap hari.

"Dengan pertambahan penyanyi baru, saya sendiri kena ada inisiatif sendiri serta terus berbuat sesuatu agar nama saya terus diingati.

"Soal menggugat penjualan album saya juga tidak timbul dengan kemunculan AF7 disebabkan saya bikin album ini semata-mata mahu meluaskan sayap ke tahap lebih membanggakan.

"Dalam keadaan sekarang untuk mencapai penjualan album sebanyak 5,000 unit, memanglah sukar.

"Kalau dapat 10,000 unit sudah cukup baguslah. Oleh itu, saya tidak meletakkan sasaran tertentu untuk jualan album ini.

"Paling penting, saya cuba mendekatkan diri dengan peminat. Kalau ada rezeki, saya terima sahaja," luah Riz yang sengaja menampilkan judul albumnya sebagai Bermula Semula kerana mahu memulakan kehidupan baru selepas melangkahkan kaki keluar daripada AF6.

Antara lagu-lagu yang turut dimuatkan dalam album yang mendapat sentuhan istimewa Ajai sebagai penerbit album Bermula Semula adalah Harus Ku Yang Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Khilaf dan Hanya Sandiwara.

Artikel & foto : www.kosmo.com.my

Posted by Ria's Zone at 7:20 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License