Riz AF6 ‘lari’ ke Phuket
Apabila sudah bergelar artis, pasti apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian wartawan, jurugambar dan masyarakat sekeliling.
Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan Riz AF6 atau nama sebenarnya, Mohd Idris Mohd Zaizizi terbang ke Phuket dan kemudian lari daripada peminat yang bertemu nya di sana dengan ‘seseorang’ di hari Valentine.
Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan Riz mengenai gosip mengatakan dia lari selepas ‘seseorang’ mengalungkan bunga orkid kepadanya di Bangla Road, Phuket, Thailand.
“Riz pergi dengan kawan serumah bukannya dengan kekasih. Selalunya kami pergi bercuti berenam. Tapi kawan-kawan yang lain bekerja dan tidak mengizinkan mereka bercuti.
“Riz dengan teman serumah hanya sekadar kawan biasa. Riz pergi dengan niat nak bercuti, takkan tak boleh nak bergembira?” ujarnya semasa ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular 2008.
Album sulung keluar modal sendiri?
Single Riz 'Hanya Sandiwara' berjaya mendapat tempat di hati peminatnya. Menurut Riza, album akan menyusul dan bakal berada di pasaran April tahun ini.
“Insya-Allah April ni album Riz keluar di pasaran. Riz masih mencari-cari tajuk yang sesuai untuk album ini."Penerbitnya ialah Ajai. Riz menyumbangkan modal sendiri selain Maestro bagi mempercepatkan proses pengeluaran album,” ceritanya.


Artikel Riz@Sinar Harian 20 Feb. 2009
Monday, February 23, 2009
Artikel credit to Sinar Harian
Posted by Ria's Zone at 5:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment