ABPBH2008: Bermula penentuan populariti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad
Petikan Komen dari Riz
Percubaan Riz menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sememangnya berbaloi. Namun sebelum itu, kumpulan Equal Star yang dianggotainya menerusi program Gang Starz tidak langsung menyebelahi nasibnya. Lalu selepas berpecah dan membawa haluan masing-masing, tuah bergelar naib juara AF6 memberikan azimat yang cukup bermakna di dalam hidupnya.
"Terima kasih kepada AF6 dan publisiti yang saya raih daripada bantuan rakan media. Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi kategori ini.
"Selain teruja dengan pengumuman ini, saya sedang menunggu masa sesuai untuk pasarkan album sulung yang memuatkan lapan lagu. Bagaimanapun, 70 peratus daripada bajet album ini adalah pelaburan duit sendiri. Lagu Harusku Pergi jadi single pertama," katanya ringkas.


Artikel Riz @ Berita Harian 20 Feb. 2009
Friday, February 20, 2009
Artikel credit to : www.bharian.com.my
Posted by Ria's Zone at 12:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment