skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ▼ 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ▼ February (19)
      • Nadia @ Media Hiburan 28 Feb - 6 Mac 2009
      • Selamat Jalan Nadia!!!Good Luck To U!!!
      • Artikel Riz@Sinar Harian 20 Feb. 2009
      • Nadia @ Muzik FM, Giant Senawang(220209)
      • Nadia@Mangga Starz Search, Queensbay Mall, Penang
      • Artikel Riz @ Berita Harian 20 Feb. 2009
      • Nadia @ Harian Metro 20 Feb. 2009
      • Tahniah RIZ!!! TOP 5 ARTIS BARU LELAKI POPULAR ABP...
      • Riz @ PC TOP 5 ABPBH 2008
      • Nadia @ Bintang Kecil Keluaran 15 Februari 2009
      • Update VC Nadia & Hattan @ My Star LG
      • Takziah Buat Siti Nurhaliza Sekeluarga
      • RIA@Mangga Mac 2009
      • Update Pic RIA@Audition AF7
      • RIANZ Gotong Royong ABPBH 2008
      • Nadia @ Promo Majalah Mangga di Plaza Angsana,Joho...
      • Artis Top Seri Mangga Star Search Johor
      • RIA @ Audition AF7 di Kota Kinabalu, Sabah
      • Riz @ Bintang Kecil Edisi 1 Februari 2009
    • ► January (21)
  • ► 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Nadia @ Media Hiburan 28 Feb - 6 Mac 2009

Wednesday, February 25, 2009



















Posted by Ria's Zone at 9:05 AM 0 comments  

Selamat Jalan Nadia!!!Good Luck To U!!!

Tuesday, February 24, 2009

Dalam perjalanan ke LCCT

Alhamdulillah...Nadia sudah pon berlepas ke Bandung, Indonesia untuk rangka promosi lagu Duet Dia,Aku dan Kamu bersama band Red Peanut di sana....Doakan semoga perjalanan Nadia ke sana membuka peluang lebih besar untuk anak seni ini melebarkan sayap kariernya...Amin

Flite Details:-

# Berlepas dari LCCT lebih kurang jam 9.55am, 24 Feb 2009.
# Tiba di Bandung lebih kurang jam 10.55am, 24 Feb 2009


Tq Rockin 4 d info

Posted by Ria's Zone at 7:13 AM 0 comments  

Artikel Riz@Sinar Harian 20 Feb. 2009

Monday, February 23, 2009

Riz AF6 ‘lari’ ke Phuket



Apabila sudah bergelar artis, pasti apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian wartawan, jurugambar dan masyarakat sekeliling.



Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan Riz AF6 atau nama sebenarnya, Mohd Idris Mohd Zaizizi terbang ke Phuket dan kemudian lari daripada peminat yang bertemu nya di sana dengan ‘seseorang’ di hari Valentine.



Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan Riz mengenai gosip mengatakan dia lari selepas ‘seseorang’ mengalungkan bunga orkid kepadanya di Bangla Road, Phuket, Thailand.



“Riz pergi dengan kawan serumah bukannya dengan kekasih. Selalunya kami pergi bercuti berenam. Tapi kawan-kawan yang lain bekerja dan tidak mengizinkan mereka bercuti.



“Riz dengan teman serumah hanya sekadar kawan biasa. Riz pergi dengan niat nak bercuti, takkan tak boleh nak bergembira?” ujarnya semasa ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular 2008.



Album sulung keluar modal sendiri?



Single Riz 'Hanya Sandiwara' berjaya mendapat tempat di hati peminatnya. Menurut Riza, album akan menyusul dan bakal berada di pasaran April tahun ini.



“Insya-Allah April ni album Riz keluar di pasaran. Riz masih mencari-cari tajuk yang sesuai untuk album ini."Penerbitnya ialah Ajai. Riz menyumbangkan modal sendiri selain Maestro bagi mempercepatkan proses pengeluaran album,” ceritanya.

Artikel credit to Sinar Harian

Posted by Ria's Zone at 5:15 PM 0 comments  

Nadia @ Muzik FM, Giant Senawang(220209)




Nadia - Dia,Aku dan Kamu

Nadia - Fantasia Bulan Madu

Pic. & Video credit to Rockin

Posted by Ria's Zone at 4:41 PM 0 comments  

Nadia@Mangga Starz Search, Queensbay Mall, Penang

Mangga Starz Search 2009
Tarikh : 14-02-2009
Masa : 2.30pm
Lokasi : Queensbay Mall, Penang


Lagu :
1. Kalut Lagi Mengarut
2. Fantasia Bulan Madu




Pic' credit to Rockin & NadiaFC

Posted by Ria's Zone at 4:11 PM 0 comments  

Artikel Riz @ Berita Harian 20 Feb. 2009

Friday, February 20, 2009

ABPBH2008: Bermula penentuan populariti

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad

Petikan Komen dari Riz

Percubaan Riz menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sememangnya berbaloi. Namun sebelum itu, kumpulan Equal Star yang dianggotainya menerusi program Gang Starz tidak langsung menyebelahi nasibnya. Lalu selepas berpecah dan membawa haluan masing-masing, tuah bergelar naib juara AF6 memberikan azimat yang cukup bermakna di dalam hidupnya.

"Terima kasih kepada AF6 dan publisiti yang saya raih daripada bantuan rakan media. Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi kategori ini.

"Selain teruja dengan pengumuman ini, saya sedang menunggu masa sesuai untuk pasarkan album sulung yang memuatkan lapan lagu. Bagaimanapun, 70 peratus daripada bajet album ini adalah pelaburan duit sendiri. Lagu Harusku Pergi jadi single pertama," katanya ringkas.

Artikel credit to : www.bharian.com.my

Posted by Ria's Zone at 12:13 AM 0 comments  

Nadia @ Harian Metro 20 Feb. 2009

Thursday, February 19, 2009

Eddie, Nadia ke Bandung

komposer Eddie Hamid mencipta kejayaan tersendiri apabila mendapat peluang dan kepercayaan dari kumpulan rock Indonesia, Red Peanut untuk mencipta satu lagu untuk mereka. Lagu berjudul Dia, Aku & Kamu itu ciptaannya dan lirik oleh Fedtri Yahya.

Lagu itu sedang hangat diputarkan di radio tempatan dan menjadi juara carta Muzikfm. Keunikan lagu itu bukan saja pada melodi dan lirik tetapi kesudian kumpulan itu berduet dengan Nadia AF6. Usaha sama itu atas persetujuan RMZ Showbiz Sdn Bhd selaku syarikat pengurusan Red Peanut.

"Selepas membuat beberapa pemilihan dan penilaian Red Peanut bersetuju berduet dengan Nadia. Gabungan suara mereka sangat bagus sesuai dengan susunan lagu, melodi dan lirik ditulis.

"Lagu itu sudah pun diputarkan di radio Bandung dan kejayaan lagu itu di sana berjaya membuka mata beberapa kumpulan muzik terkenal Indonesia untuk mengintai peluang mendapatkan hasil karya komposer dari Malaysia. Usaha ini akan dipantau RMZ Showbiz Sdn Bhd," katanya.

Dek kerana populariti lagu di sana, stesen radio Bandung seperti Mayanada fm, Rase fm, Ar fm, Zora fm & Garuda fm menjemput Eddie dan Nadia untuk ditemubual secara langsung. Mereka akan berada di sana selama lima hari bermula 24 Februari ini.

"Sewaktu kami di sana nanti Red Peanut akan mengadakan konsert sempena promosi jelajah Red Peanut 2009 di The Score, Bandung, 25 Februari ini. Nadia akan membuat persembahan bersama kumpulan itu.

"Dia akan menyanyikan empat lagu termasuk lagu duet itu. Ia adalah perkembangan baik kepada artis tempatan kerana berjaya beraksi dan membuktikan bakat serta kehebatan artis Malaysia di Indonesia.

"Usaha sama saya dengan Red Peanut sebagai platform untuk menonjolkan bakat artis kita di sana sambil mengeratkan persaudaraan dua negara menerusi muzik. Konsert itu bakal mendapat liputan luas dari wartawan media cetak negara itu.

"RMZ Showbiz syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini sudah mula membuka peluang kepada komposer dan artis Malaysia untuk bekerjasama dengan artis Indonesia. Kejayaan saya ini membuktikan artis dan komposer Malaysia juga di terima di Indonesia," katanya.

Artikel credit to : www.hmetro.com.my


Posted by Ria's Zone at 11:26 PM 0 comments  

Tahniah RIZ!!! TOP 5 ARTIS BARU LELAKI POPULAR ABPBH 2008

Posted by Ria's Zone at 10:43 PM 0 comments  

Riz @ PC TOP 5 ABPBH 2008



28 muka baru bersaing

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


SENARAI penuh pencalonan terakhir, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) bagi edisi ke-22 sudah diumumkan, kelmarin.

Ternyata, bintang realiti TV dan band indie tempatan antara 28 muka baru yang mendominasi beberapa kategori tertentu daripada seramai 80 penyanyi, pelakon dan personaliti disenaraikan, sekali gus bersaing dengan nama popular sedia ada untuk merebut gelaran Bintang Paling Popular dalam majlis yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan.

Antara artis realiti TV yang disenaraikan ke peringkat Top 5 ialah Nabil, Zizan (Raja Lawak); Aiman (Akademi Nasyid); Stacy, Nubhan, Aizat, Riz (Akademi Fantasia) dan Ayu (One In A Million). Band indie tempatan disenaraikan ialah Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain.

Barisan muka baru lain ialah Fizo Omar, Diana Danielle, Lisa Surihani, Sari Yanti, Scha, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nurul Alis, Amyza Aznan, Fabulous Cats, Norkhiriah, Ruminah Sidek, Sheila Mambo, AG, Akhil Hayy dan gandingan M Nasir dan Malique.

Jika Nabil dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular, Stacy juga tidak kurang hebatnya tercalon menerusi dua kategori iaitu Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Baru Wanita Popular, Stacy bersaing dengan Ayu OIAM, Lisa Surihani, Sari Yanti dan Scha.

Kategori Penyanyi Wanita Popular pula, Stacy berhadapan dengan cabaran sengit daripada Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Mila dan Elyana.

Bagi Stacy, dia cukup bersyukur apabila namanya disenaraikan pada peringkat akhir ABPBH 2008.

"Ia permulaan yang baik buat artis baru seperti saya kerana kali pertama dicalonkan dalam acara berprestij ini. Persaingan cukup hebat terutama kategori Penyanyi Wanita Popular kerana Siti, seperti yang kita sedia maklum tidak pernah dikalahkan calon lain.

"Kategori Artis Baru Wanita Popular juga menampilkan calon yang muda dan berbakat besar dalam bidang nyanyian. Justeru, kalau tewaspun saya tidak akan putus asa dan bekerja lebih keras lagi untuk pencalonan tahun depan," katanya

Riz yang tersenarai dalam satu kategori iaitu Artis Baru Lelaki Popular juga terpaksa bersaing dengan artis baru seperti Nabil, Fizo Omar dan Aiman.

"Saya tidak sampai setahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air. Justeru, tersenarai dalam Top 5, sudah cukup bermakna buat saya.

"Pencalonan ini menyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras untuk mengukuhkan nama dalam industri muzik tanah air.

Apatah lagi, saya akan muncul dengan bingkisan album penuh tidak lama lagi. Fokus saya ingin berikan yang terbaik buat peminat setia yang sentiasa menyokong dari belakang sejak saya melangkahkan kaki dalam AF lagi," katanya.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Kaisara, Sari Yanti dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Dia juga bersaing dengan artis seperti Ayu OIAM, Lisa Surihani, Scha dan Stacy dalam kategori berkenaan.

Sari yang baru bergelar isteri berkata, pencalonannya itu sebagai hadiah perkahwinannya yang cukup bermakna.

"Saya gembira kerana dapat tersenarai ke Top 5 kerana saya tidak pernah rasa diri popular.

Saya juga menganggap pencalonan ini sebagai rezeki dan pada masa sama, tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana saingan kategori ini hebat belaka,

" katanya.Juliana yang dikenali menerusi program Remaja dicalonkan dalam kategori Pengacara TV Wanita Popular.

Sebagai orang baru, Juliana juga tidak menyangka dirinya tercalon dalam senarai akhir itu.

Dia yang dikenali dalam siri Hooperz dan Kasut Tumit Tinggi ini dicabar nama besar dalam kategori itu iaitu Abby Fana, Cheryl Samad, Fara Fauzana dan Nurul Alis.

"Berbanding calon lain, saya anggap diri masih baru di persada seni tempatan. Saya tidak menaruh harapan untuk menang kerana kategori ini begitu sengit sekali terutama Fara Fauzana dan Cheryl Samad, dua nama besar yang tidak asing dalam acara berprestij ini.

"Kalah atau menang, soal kedua kerana apa apa yang penting, fokus saya pada projek baru tahun ini iaitu sebagai pengacara Bintang RTM musim baru, penampilan khas dalam Ghost 2 dan Rosli Dobi," katanya.

Naib juara pertandingan realiti tarian musim kedua, Sehati Berdansa Amyza Aznan yang tercalon dalam kategori Artis Komedi Wanita popular berkata, ini kali pertama dia tercalon dalam ABPBH sepanjang 13 tahun bergelar anak seni.

Dalam kategori itu, Amyza bersaing dengan Kenchana Dewi, Norkhiriah, Ruminah Sidek dan Sheila Mambo.

"Bila tersenarai dalam top 5, ia membuktikan, peminat masih setia menyokong saya dari belakang.

"Seperti calon lain, sudah pasti saya menaruh harapan untuk menang. Saya percaya, peminat menilai menerusi hasil kerja saya sebelum ini. Saya juga banyak berlakon dalam sitkom sepanjang tahun lalu, antaranya Geletek dan Ketupat Penyek.

"Kalau tewas, saya tidak kecewa kerana apa yang penting, saya ingin orang melihat saya masih aktif selepas bergelar ibu kepada dua anak," katanya.

Sementara itu, antara artis popular yang tersenarai pada peringkat akhir ABPBH 2008 ialah Mawi, Datuk Siti Nurhaliza, Rosyam Nor dan Aznil Nawawi.

Bintang Paling Popular ABPBH tiga tahun berturut-turut sejak 2005, Asmawi Ani atau Mawi tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi yang hadir ditemani isterinya, Ekin juga tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana menyedari persaingan sengit daripada muka baru yang dicalonkan kali ini.

"Antara calon yang beri saingan sudah pasti Amy Search bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular kerana dia legenda rock tanah air. Selain itu, muka baru seperti Aizat dan Nubhan.

"Saingan juga sengit bagi kategori Bintang Paling Popular. Sekalipun sudah bergelar isteri, Siti masih popular dan mendapat sokongan berterusan daripada peminatnya sampai sekarang. Kehadiran Nabil juga tidak boleh dipandang ringan kerana dia muka baru yang popular dan mewarnai industri seni sekarang," katanya.

Apapun, kata Mawi, dia mengharapkan peminat terus memberi sokongan berterusan padanya sekalipun dia sudah berkahwin.

"Kalau saya menang pada malam kemuncak itu nanti, ia juga rezeki selepas berkahwin,"
katanya.

Aznil yang sudah mengungguli sebanyak lima kali kategori, Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH berkata, soal kalah atau menang perkara kedua kerana apa yang penting orang menilainya daripada hasil kerja dilakukan.

Dia juga dicalonkan menerusi dua kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular.

"Bila nama berada dalam Top 5, ia membuktikan saya masih diperlukan dalam industri seni tanah air," katanya.

Kategori pengacara menyaksikan senarai tradisi calon seperti AC Mizal, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Masing-masing mempunyai peminat tersendiri dan terpulang pada peminat untuk membuat penilaian siapa yang layak untuk menang.

"Saya tidak terfikirpun untuk menang kategori Bintang Paling Popular kerana saya sedar tidak mampu mengatasi populariti Saiful Apek, Mawi dan Siti yang pernah mengunguli kategori itu sebelum ini," katanya.

Majlis pengumuman lima finalis ABPBH 2008 diumumkan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail merangkap Penaung Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2008 di Hotel Palace Of The Golden Horses, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah, selaku Pengerusi ABPBH 2008.

ABPBH 2008 bakal menyaksikan 16 kategori dipertandingkan. Kategori terbabit ialah Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular, Penyanyi/Artis Nasyid Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

Selain itu, kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular, Pelakon Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki popular, Pengacara TV Wanita popular, Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Borang peraduan Undi dan Menang pencalonan akhir ABPBH 2008 disiarkan dalam Berita Harian/Berita Minggu bermula semalam hingga 3 April nanti.


Artikel dan Foto : www.hmetro.com.my


Posted by Ria's Zone at 7:38 PM 0 comments  

Nadia @ Bintang Kecil Keluaran 15 Februari 2009







Posted by Ria's Zone at 5:16 PM 0 comments  

Update VC Nadia & Hattan @ My Star LG

Monday, February 16, 2009

Tangisan Marhaenis

Credit to Kematz

Posted by Ria's Zone at 10:17 PM 0 comments  

Takziah Buat Siti Nurhaliza Sekeluarga

Assalamualaikum semua. Kami keluarga RIANZ dan bagi pihak Riz & Nadia mengucapkan Takziah buat Siti Nurhaliza serta ahli keluarga beliau di atas pemergian ayahanda tercinta,Taruddin Ismail,67. Semoga Siti sekeluarga dapat menghadapi dugaan Yang Maha Esa ini dengan tabah dan sabar. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Taruddin Ismail...Al Fatihah

Posted by Ria's Zone at 5:04 AM 0 comments  

RIA@Mangga Mac 2009








Pic's credit to Angah@RizAngels & Cosign45

Posted by Ria's Zone at 4:54 AM 0 comments  

Update Pic RIA@Audition AF7

Tuesday, February 10, 2009

Credit to : www.murai.com.my

Posted by Ria's Zone at 3:48 PM 0 comments  

RIANZ Gotong Royong ABPBH 2008

Monday, February 9, 2009


Rianz gotong royong...G nyeww :)



siap dgn cutternyew lg..








dh macam kilang suratkhabar lama..hehe


Pic's credit to Sweetmm

Posted by Ria's Zone at 7:52 PM 1 comments  

Nadia @ Promo Majalah Mangga di Plaza Angsana,Johor Bahru













Pic's Credit to Rockin@Myspace


Posted by Ria's Zone at 4:10 PM 0 comments  

Artis Top Seri Mangga Star Search Johor

Wednesday, February 4, 2009


Ditulis oleh Rosli Manah


Selasa, 03 Februari 2009 12:54


Pencarian bakat baru Mangga Star Search akan bermula di Johor pada 7 Februari 2009. Tempatnya di Plaza Angsana, Johor Bahru.


Jadi, jangan lepaskan peluang menyertainya. Kepada peserta yang telah mendaftar melalui Mangga Online dan majalah Mangga, boleh datang pada sesi uji bakat tersebut.


Pendaftaran bermula pukul 10.00 pagi. jadi datanglah awal untuk mengelak masalah tidak dapat mendaftar.


Sesi tersebut juga akan diserikan dengan persembahan artis popular iaitu Dafi, Nadia, Pija, Naufara dan kumpulan Flava.


Bagi yang mahu menjadi penyanyi, anda diminta membawa cakera padat minus one sendiri lagu yang bakal dinyanyikan.


Kalau nak jadi pelakon, anda bersedialah untuk membawa sebarang watak yang bakal dilakonkan. Ada juga yang nak jadi model... kalau nak jadi model kenalah pula bersedia melakukan catwalk.


Satu lagi ingatan, penampilan juga diambil kira. Jadi anda haruskan tampil dengan penuh gaya. Bayangkan anda seorang artis popular yang tampil ke majlis glamor.


"Penampilan juga diambil kira selain bakat yang dimiliki, jadi anda semua haruslah datang dengan gaya yang menarik," kata Penolong Pengarang Mangga, Norzeha Kasbi.


Selain bakat berlakon, menyanyi dan menjadi model, Mangga Star Search juga turut mengalu-alukan kehadiran remaja yang berkebolehan dalam pengacaraan dan pandai berjenaka.


"Kami harap dapat mencungkil bakat baru yang bukan sahaja mempunyai bakat, tapi dalam masa yang sama memiliki pakej lengkap sebagai seorang selebriti," sambung Norzeha lagi.


Sementara itu bagi remaja berusia 15 hingga 24 tahun yang tinggal di utara tanah air, Mangga Star Search akan ke tempat anda pada 14 Februari depan.


Jadi tunggulah kehadiran kami di Queensbay pula ya.


Artikel dan Foto : ManggaOnline

Posted by Ria's Zone at 4:30 AM 0 comments  

RIA @ Audition AF7 di Kota Kinabalu, Sabah

Monday, February 2, 2009























All Pictures credit to Nucy_Loves, Teha & Ciput69

Posted by Ria's Zone at 3:59 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License