Teks Oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 8 JAN 2008: Bertuah sungguh Riz! Majlis sambutan hari ulangtahunnya yang ke-22 pada19 Disember lalu telah dianjurkan sendiri oleh kalangan ahli kelabpeminatnya yang telah menamakan diri mereka sebagai Riz-Angels.
Apa yang menarik majlis sambutan hari ulangtahun Naib Juara AkademiFantasia Musim Keenam (AF6) ini telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu diCorus Paradise Resort, Port Dickson serta di Hotel Heritage, IpohPerak.
Tujuan utama 2 majlis hari jadi ini diadakan secaraberasingan di 2 tempat yang berlainan adalah untuk mengumpul seberaparamai lagi peminat Riz yang berada di utara serta selatan tanahair.
Ahlijawatkan kuasa Riz-Angels, Wan Nonisalina Zulpatah atau Angah ketikadihubungi murai.com.my berkata, tujuan utama mereka mengadakan 2 majlishari jadi di 2 tempat yang berasingan adalah untuk mengumpul sebarapramai lagi peminat Riz di utara serta selatan tanah air.
"Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan komitmen yangdiberikan Riz selama ini terhadap Riz-Angels. Walaupun adakalanya diasibuk dan terikat dengan jadual nyanyian yang padat tetapi dia tetapberusaha untuk menyokong segala aktiviti yang kami lakukan untuk dia.
"Misalnyamajlis hari jadinya ini. Sebaik saja, majlis di Port Dickson selesai,dia terus bergegas ke Ipoh pula untuk menghadiri majlis hari jadi disana. Kalau hendak diikutkan, memang dia penat sebab dia terikat denganbeberapa show.
"Tapi, dia sanggup lakukan semua inisemata-mata kerana peminatnya semua dan dia pun nampak begitu gembirasepanjang majlis hari jadinya itu diadakan. Kami harap Riz akan terusberjaya lagi pada masa berjaya lagi di masa hadapan dalam mengejarcita-citanya menjadi bintang yang terkenal satu hari nanti," katanya.
Majlissambutan hari ulangtahun kelahiran Riz di Port Dickson telah diadakanpada 19 Disember telah disertai 35 peminat Riz. Penyertaan peminattelah dihadkan sebanyak itu bagi memberi peluang kepada mereka untukberamah mesra secara lebih dekat dengan penyanyi kesayangan mereka, RizAF6.
Bermula jam 5 petang, majlis ini diserikan denganpelbagai acara sukaneka dan diakhiri dengan permainan bola tampar yangturut disertai oleh Riz. Acara diteruskan di sebelah malamnya denganberlangsungnya majlis makan malam bertempat di tepian pantai resort.
Kejutanturut diberikan kepada Riz apabila peminat menyanyikan Happy Birthdaytatkala dia dibawa masuk ke dalam khemah dengan mata yang tertutup.Nyanyian beramai-ramai daripada peminat merupakan kemuncak majlis pada malam itu.
Upacara malam itu diteruskan dengan pelbagai acaramenarik membuatkan tetamu tidak lekang dari tempat duduk masing-masingseperti berkaraoke bersama Riz. cabutan bertuah dan penyampaian hadiahuntuk acara di sebelah siang. "Birthday Boy" Riz juga tidakmenghampakan peminatnya dengan mendendangkan 3 lagu.
Penutupan majlis menjadi gamat apabila Riz di'kenakan' dengan make over teponggomak sebelum upacara mengambil gambar beramai-ramai diadakan bersamasemua peserta yang hadir. Berlari-lari Riz dikejar para peminatnyaapabila upacara membaling tepung dimulakan.
Majlis sambutan gariulangtahun kelahirannya di Ipoh telah diadakan sehari selepasberlangsungnya majlis di Port Dickson iaitu pada 20 Ogos. Ia telahdihadiri oleh lebih 80 orang peminat yang datang dari sekitar Perak,Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta Perlis.
Bertemakan warna biru, acara dimulakan dengan ucapan lua-aluan daripada wakil kelabpeminat Riz alu-aluan dan disusuli dengan upacara memotong kek. Majlisdirancakkan dengan persembahan dari peminat-peminat cilik Riz yangturut sama menarik Riz ke atas pentas menari bersama mereka.
Majlis ini amat istimewa kerana ia turut dihadiri ibu bapa Riz. Malah, ibubapa juga amat sporting menyumbangkan suara untuk sebuah laguduet. Majlis dilengkapkan oleh persembahan birthday boy yangmenyampaikan dua buah lagu.
Kemuncak majlis diserikan dengantayangan video klip yang menampilkan gambar-gambar Riz semasa kecil,remaja dan juga semasa berada di dalam Akademi Fantasia.
credit: Murai.com.my
0 comments:
Post a Comment