skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ▼ 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ▼ January (21)
      • Tali Pinggang Merah Taekwondo
      • Sukaria Gamatkan Dunia Si Kecil
      • Album Nadia 2009!!
      • RIA @ Majalah Mangga Februari 2009
      • Riz & Nadia @ Media Hiburan Update
      • Aksi2 RIA
      • Break The Beat .:Nadia Cribs Dancers:.
      • Klip Video RIA
      • Nadia @ Laman Santai, Istana Budaya 03012009
      • Video Riz @ Birthday Bash Ipoh
      • Video RIA @ Summit USJ
      • Hadiah Tak Ternilai Peminat Untuk RIZ
      • RIA @ Media Hiburan Terbaru
      • Nadia @ Harian Metro
      • Nadia @ Ruangan Tanya Artis Mingguan Malaysia
      • Sempoinya Bowling!Nadia & Nadia FC
      • RIA@Majalah HAI terbaru
      • Riz@HIP Berita Harian 06 Januari 2009
      • Nadia@Laman Santai Istana Budaya
      • Nadia@Konsert Gempak Rewang Mawi & Ekin
      • RIA@Press Conference ABPBH 2008
  • ► 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Sukaria Gamatkan Dunia Si Kecil

Wednesday, January 28, 2009

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


SELEBRITI yang terbabit dalam Sukaria Ceria bergambar kenangan sewaktu majlis pelancaran karnival itu di Bangsar.


Hadiah kereta menanti pengunjung karnival di Pulau Pinang, Kuala Lumpur

JIKA di luar negara saluran seperti Cartoon Network, Disney Channel, Nickelodeon sudah cukup sinonim dengan kanak-kanak di serata dunia. Kita di Malaysia juga boleh berbangga dengan Astro menerusi saluran Astro Ceria yang memberi fokus kepada golongan kecil ini.

Sejak mula melancarkan operasinya pada 2006, bermula di Indonesia pada 16 April dan Malaysia, 31 Ogos, Astro Ceria terus-terusan menambat hati dan minat penonton di Malaysia. Bermula dengan program Gerak Geri Gasing terbitan produksi sendiri, hari demi hari, saluran ini mula mendapat kepercayaan pihak lain yang sudi menjual siri animasi dan kartun termasuk penambahan drama seperti Geng Bas Sekolah, Kapten Boleh dan Hikayat Putera Shazlan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Azlin Reza Azmi, rating yang diterima juga cukup memberangsangkan sehingga ditonton penonton di bandar dan pedalaman dan paling penting masih menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama sama ada diterjemah atau sebaliknya. Selain Gerak Geri Gasing, program Tom Tom Bak yang dihoskan pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Nawawi begitu dekat dengan hati adik kecil.

“Sebanyak 20 peratus kandungan terbitan tempatan menjadi nadi kebanggaan Astro Ceria dan Insya-Allah ia akan meningkat dari semasa ke semasa. Selebihnya ialah siaran yang dibeli dari negara lain, contohnya untuk kanak-kanak prasekolah kita ada siarkan kartun seperti Thomas And Friends, Postman Pat dan Roary The Racing Car.

“Kita ada kartun genre drama seperti Nintama Rantaro dan Hagemaru. Begitu juga yang dikelaskan sebagai kartun aksi seperti Digimon, Detective Conan dan Ultraman,” katanya sewaktu ditemui selepas sidang media Vitagen Sukaria Ceria di Bangsar minggu lalu.

NADIA turut terbabit membuat persembahan pada karnival Sukaria Ceria.


Membuka tirai 2009, Astro Ceria kembali meneruskan kegemilangan tradisi dua tahun sebelum ini melalui Karnival Astro Ceria Run for Fun yang cukup mendapat sambutan hebat di kalangan seisi keluarga dan kanak-kanak khususnya.

Kini dengan gaya baru, karnival ini dikenali sebagai Sukaria Ceria yang dipersembahkan jenama minuman kultur popular, Vitagen. Pendekatan mengadakan aktiviti sebegini lazimnya dipraktikkan kebanyakan stesen atau saluran TV demi mendekatkan diri dengan penonton.

Apa yang cuba dilakukan Astro Ceria ini selaras dengan matlamat Astro untuk menjadi peneraju sebuah komuniti sihat dan harmoni yang bukan terhad kepada generasi muda, bahkan untuk semua lapisan masyarakat. Satu kebanggaan juga, Astro Ceria terus mengukuhkan hubungan baik dengan rakan penaja, contohnya untuk Sukaria Ceria ini Vitagen sekali lagi sudi menaja buat tahun kedua.

“Tahun pertama kami menganjurkan Astro Ceria Run For Fun tanpa membabitkan penaja dan Alhamdulillah selepas itu kita mula mendapat kerjasama Vitagen untuk terus melaksanakan aktiviti ini. Jika dua tahun dulu, ia sekadar larian maraton, manakala untuk tahun ini kita sediakan ganjaran lumayan yang membabitkan seisi keluarga.

“Matlamat karnival ini untuk memberi platform bagi menjana daya kreativiti kepada golongan muda khususnya untuk meluahkan bakat terpendam dan potensi yang ada secara bebas melalui pengawasan yang sewajarnya. Selain itu, inilah masa untuk mendekatkan diri, beramah mesra dan bertemu dengan selebriti kesayangan ramai siri drama Kapten Boleh, Hikayat Putera Shazlan, Zoey, Mat Kacau dan juga Aznil Nawawi. Bintang Akademi Fantasia seperti Zahid, Mila, Nadia, Shawal dan Riz turut dijangka membuat persembahan,” katanya lagi.


INFO: Sukaria Ceria

· Pelbagai hadiah menarik dan hebat yang mana keseluruhan bernilai hampir RM200,000 antaranya seperti kereta Naza Citra 2.0 (A) G S, hamper barangan permainan, set permainan Sony PlayStation 3, PlayStation Mudah Alih, basikal, komputer riba dan banyak lagi.

· Diadakan di dua buah lokasi berbeza iaitu di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad (22 Mac) dan Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur (Ahad, 29 Mac).

· Selain karnival, acara ini dipecahkan kepada pertandingan Pakaian Beragam dan Zon Ceria.

· Pertandingan yang dianjurkan terbuka kepada semua warga negara Malaysia berusia 3 hingga 14 tahun. Penyertaan adalah percuma.

· Untuk pertandingan Pakaian Beragam, turut membabitkan seisi keluarga dan kostum kreatif yang dibuat sendiri serta dinilai menarik akan berpeluang untuk memenangi kereta Naza Citra.

· Zon Ceria pula menguji sejauh mana kehebatan dan kemahiran bersukan serta acara sukaneka di kalangan kanak-kanak.

· Bagi yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi hotline Sukaria Ceria di nombor 1300882488 di kiosk Astro Ceria sewaktu promosi di pusat beli belah utama di Pulau Pinang untuk memudahkan proses pendaftaran.

· Selain itu, Astro Ceria akan menjelajah ke sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor untuk tujuan yang sama.

· Alternatif lain yang boleh dilakukan ialah dengan melayari laman sesawang di www.astro.com.my/astroceria.


Info dan Foto : www.bharian.com.my


Posted by Ria's Zone at 6:46 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License