skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ▼ August (13)
      • SALAM RAMADHAN DARI RIA & RIANZ
      • RIZ@Konsert Gegar U UITM Shah Alam
      • RIZ@Marhaban Astro Ipoh 240808
      • NADIA@SURIA.FM
      • Rasa Kekok Dua Artis Remaja Hilang Apabila Bertent...
      • STACY,RIZ MOHON MAAF
      • FILEM DISNEY (CAMP ROCK VERSI MELAYU)
      • MAJLIS BERBUKA PUASA RIZ & ANAK2 YATIM
      • ENDLESS NITE WITH RIA...AKHIRNYA....
      • VIDEO RIA @ ENDLESS NITE DINNER
      • Metro : Tunjuk Hebat Di Konsert Reunion (06.08.2008)
      • RIA@Rehearsal Konsert Reunion AF6
      • RIZ & NADIA @ GSA KLANG
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


STACY,RIZ MOHON MAAF

Monday, August 18, 2008

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

DIKRITIK hebat gara-gara kesilapan ketika melakukan persembahan di malam FFM21, Riz dan Stacy tidak patah semangat.

KEGAGALAN juara serta naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Stacy dan Riz memberikan persembahan terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) baru-baru ini masih menjadi bualan ramai.

Menerima kritikan demi kritikan, kesilapan yang dilakukan mereka berdua seolah-olah sukar untuk dimaafkan memandangkan Stacy dan Riz pernah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman sepanjang di AF.


Mana perginya segala ilmu yang diperoleh selama berminggu-minggu di akademi tersebut?


Kesilapan yang dilakukan sedikit sebanyak menimbulkan persoalan atau cakap-cakap mengenai tahap keseriusan mereka dalam dunia hiburan.


Stacy umpamanya, telah bergelar juara dan dilihat hebat ketika minggu-minggu konsert AF6 berlangsung namun gagal memanfaatkan segala ilmu yang ada untuk menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati.


Begitu juga dengan Riz, meski melakukan satu kesilapan tetapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imejnya. Di manakah silapnya dan apakah yang sebenarnya berlaku kepada mereka berdua?


Baru-baru ini, ketika ditemui di bengkel motivasi khusus untuk bintang AF6 di Celebrity Fitness, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor Stacy dan Riz menjelaskan segala-galanya.


Stacy hilang fokus

Berjaya mengejar impian untuk bergelar juara AF6, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 18, mengakui, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika persembahan di malam FFM21.


Ini kerana, pada malam tersebut, dia mendapat berita yang menyedihkan iaitu kematian nenek kesayangannya.
“Ketika itu, saya tidak dapat fokus kerana asyik teringatkan nenek. Bukannya saya tidak datang latihan seperti yang didakwa ramai pihak.


“Lagipun, ini merupakan persembahan besar saya yang pertama dan ia membuatkan saya gementar,” katanya.
Menurut Stacy, dia memohon maaf kepada semua pihak di atas kelemahannya tempoh hari.


Bagaimanapun, jelasnya, kesilapan juga tidak seharusnya diletakkan pada bahunya sahaja kerana muzik yang dimainkan ketika latihan dan persembahan adalah berlainan.


“Ini membuatkan saya keliru untuk memulakan nyanyian. Bagaimanapun, saya tidaklah mahu menyalahkan sesiapa. Saya mohon maaf sekali lagi,” jelasnya.


Ujar Stacy, apa yang berlaku akan dijadikan pengajarannya pada masa depan.


“Kesilapan ini memang membawa imej buruk pada saya. Mungkin orang akan takut hendak memanggil saya untuk membuat persembahan selepas ini.


“Namun, saya berharap penjelasan ini akan membuatkan semua pihak faham situasi ketika itu,” jelasnya yang kini sedang mengumpul bahan untuk pembikinan album pertamanya.


Riz terleka

Sementara itu, bagi Riz pula, kesilapan yang dilakukan membuatkan emosinya agak terganggu.


Mengakui terleka ketika menyampaikan lagu Azura, Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, turut menolak dakwaan yang dia gagal menghadiri sesi latihan.


“Sesi latihan sehari sahaja. Kami cuma tidak pergi ke sesi sound check kerana terlibat dengan rakaman program raya di Pulau Pangkor. Saya akui kesilapan kerana terlalu leka dengan muzik lagu itu sehingga tersilap. Maaf atas kesilapan tersebut,” katanya.


Menurut Riz, dia tidak terlepas menonton rakaman FFM21 dan akan cuba mengelak melakukan kesilapan selepas ini.
Mengenai perjalanan seninya, Riz memberitahu, bahawa dia ada menerima tawaran untuk berlakon namun terpaksa menolaknya kerana mahu memberikan fokus kepada nyanyian terlebih dahulu.


“Saya tidak mahu ketepikan bidang yang saya minat iaitu nyanyian. Selepas itu, saya pasti akan terima apa jua tawaran,” katanya.


Ujarnya, dia dan semua bekas pelajar AF6 baru sahaja habis merakamkan album raya serta klip video di Pulau Pangkor.


Melalui album itu, jelasnya, dia akan menyanyikan lagu baru berjudul Syawal Kemaafan manakala Stacy dengan lagu Raya Datang Lagi.


Bengkel motivasi AF6

Sementara itu, bengkel motivasi AF6 yang diadakan baru-baru ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan Maestro Talent & Management bagi memberi bimbingan asas untuk topik-topik utama yang selalunya dianggap mudah oleh segelintir artis.


Antara topik-topik itu ialah pengurusan cukai pendapatan, etika komunikasi, kesihatan, berhadapan dengan media, imej dan penampilan serta etika di meja makan.


“Ini merupakan usaha kami untuk memberi pendedahan kepada bintang-bintang AF6 berhubung aspek pembangunan kerjaya seni mereka,” kata Ketua Bahagian Pengurusan Bakat, Maestro Talent, Norliza Illias.


Antara panel yang diundang memberikan pandangan pada bengkel motivasi itu ialah Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez, penghibur terkenal, Ning Baizura, Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa, pereka fesyen Jovian Mandagie dan lain-lain.


Bengkel motivasi yang turut mendapat sokongan daripada pusat kesihatan Celebrity Fitness dan jenama pakaian antarabangsa, Adidas itu juga jelas Norliza, akan diteruskan pada masa depan kerana sesi sedemikian menawarkan banyak manfaat kepada bintang-bintang tersebut.


Sayang sekali, bengkel tersebut tidak dapat disertai oleh tiga bintang AF6 iaitu Lutfya, Stanley dan Faisal.
Menurut Norliza, ketiga-tiga bintang muda itu tidak dapat serta kerana ada sebab tersendiri.


“Mereka baru sahaja pulang dari rakaman raya di Pulau Pangkor dan kesihatan Lutfya, Stanley dan Faisal tidak mengizinkan mereka untuk turut serta dalam bengkel ini,” katanya.

Info Credit to : utusan Malaysia

Posted by Ria's Zone at 6:13 PM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License