skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ▼ August (13)
      • SALAM RAMADHAN DARI RIA & RIANZ
      • RIZ@Konsert Gegar U UITM Shah Alam
      • RIZ@Marhaban Astro Ipoh 240808
      • NADIA@SURIA.FM
      • Rasa Kekok Dua Artis Remaja Hilang Apabila Bertent...
      • STACY,RIZ MOHON MAAF
      • FILEM DISNEY (CAMP ROCK VERSI MELAYU)
      • MAJLIS BERBUKA PUASA RIZ & ANAK2 YATIM
      • ENDLESS NITE WITH RIA...AKHIRNYA....
      • VIDEO RIA @ ENDLESS NITE DINNER
      • Metro : Tunjuk Hebat Di Konsert Reunion (06.08.2008)
      • RIA@Rehearsal Konsert Reunion AF6
      • RIZ & NADIA @ GSA KLANG
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


FILEM DISNEY (CAMP ROCK VERSI MELAYU)

Monday, August 18, 2008

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMAN



PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,katanya.

Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.

Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.

Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.

Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.

Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia meminjamkan suaranya dalam sebuah filem.Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar, katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara, kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,kata Adi pula.



Info Credit to: Utusan Malaysia

Posted by Ria's Zone at 5:53 PM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License