skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ▼ August (13)
      • SALAM RAMADHAN DARI RIA & RIANZ
      • RIZ@Konsert Gegar U UITM Shah Alam
      • RIZ@Marhaban Astro Ipoh 240808
      • NADIA@SURIA.FM
      • Rasa Kekok Dua Artis Remaja Hilang Apabila Bertent...
      • STACY,RIZ MOHON MAAF
      • FILEM DISNEY (CAMP ROCK VERSI MELAYU)
      • MAJLIS BERBUKA PUASA RIZ & ANAK2 YATIM
      • ENDLESS NITE WITH RIA...AKHIRNYA....
      • VIDEO RIA @ ENDLESS NITE DINNER
      • Metro : Tunjuk Hebat Di Konsert Reunion (06.08.2008)
      • RIA@Rehearsal Konsert Reunion AF6
      • RIZ & NADIA @ GSA KLANG
    • ► July (12)
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


SALAM RAMADHAN DARI RIA & RIANZ

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia...juga kepada semua peminat Riz & Nadia...semoga Ukhuwah yang terjalin antara kita semua bertambah erat dan lebih diberkati di bulan yang mulia ini...Amin...

Posted by Ria's Zone at 5:04 PM 0 comments  

RIZ@Konsert Gegar U UITM Shah Alam

Tuesday, August 26, 2008

Riz beraksi di Konsert Gegar U di UITM Shah Alam pada 23 Ogos 2008 dengan menyampaikan lagu Gemuruh nyanyian asal Faizal Tahir.Gambar2 kredit pada paparazzi RIAnz, Azlandaniel...tq very much Lan.....





Pic Credit To : Azlandaniel

Posted by Ria's Zone at 9:10 PM 0 comments  

RIZ@Marhaban Astro Ipoh 240808

Riz menyertai Marhaban Di Astro yg berlangsung di Ipoh, Perak pada 24 Ogos 2008.Tq banyak2 pada mamarazzi Sue & Julia...





Pic Credit To : Sue & Juliazafri

Posted by Ria's Zone at 8:49 PM 0 comments  

NADIA@SURIA.FM

Thursday, August 21, 2008






Di Interview oleh DJ Tuah dan Zizi















Nadia di Interview dlm segmen Breakfast@Suria







Pic Credit to : SuriaFM ~Hidup Pasti Rancak!~

Posted by Ria's Zone at 5:28 PM 1 comments  

Rasa Kekok Dua Artis Remaja Hilang Apabila Bertentang Mata

Wednesday, August 20, 2008



LANGIT biru nan cerah menjadi saksi pertemuan dua selebriti, Diana Danielle dan Riz AF6 saat Hip berjaya mencuri ruang senggang mereka untuk digandingkan dalam dua gaya berbeza yang cuba direalisasikan sebaik mungkin.

Ruang terbuka tempat meletak kereta di tingkat enam Balai Berita menjadi medan ekperimen, gaya rock daripada Danielle bercampur ‘sentuhan kecundang’ Riz yang ala tak menjadi rocknya dan satu lagi pose bergaya segak dan menawan.

Paduan gaun labuh berwarna biru rekaan Hazree Wahid cukup terletak di badan Danielle dan kot polos berwarna putih menaikkan seri wajah Riz yang terkenal kerana memiliki sepasang mata yang cantik. Satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana sanggup bersidai di atas tapak tinggi demi sesi fotografi ini. Hasilnya anda nilai dan hayatilah sendiri.

Khabarnya sejak Riz, 22, berada di dalam Akademi Fantasia musim keenam pada tahun ini, Diana Danielle, 17, cukup mengagumi bakat nyanyiannya. Mereka masing-masing saling memuji saat bertemu. Debaran yang mulanya dirasai pasangan remaja ini, perlahan demi perlahan membangkitkan keserasian. Apa pun mereka cukup profesional.

Siapa mungkin bisa melupakan renungan mata Riz yang dikatakan menjadi senjata berharga dan dipuja ramai golongan wanita. Mungkin juga perasaan itu turut sama dirasai anak tunggal yang semakin meriah mendapat tawaran berlakon dan dilamar menjadi model deretan beberapa nama produk.



“Saya tidak ada hal bekerjasama dengannya. Tak dinafikan dia memang mempunyai pakej lengkap sebagai anak seni. Dia cantik, muda dan boleh pergi jauh. Sebelum sesi fotografi ini berlangsung, saya hanya mengenalinya di kaca TV. Tetapi apabila sudah berjumpa, dia sangat manis dan peramah,” ulas Riz tatkala ditanya mengenai gadis manis itu.

Tak salah saling meminati kerana hakikatnya juga Danielle tahu batasannya sebagai seorang anak muda yang masih belajar dan sering dikait rapat dengan anak pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.

"Saya sedar orang mulai bercakap dan berteka-teki apabila kami tidak mengaku bercinta. Apa yang saya dapat katakan itu hak kami sebagai manusia. Kalau saya cakap tak nak (tidak mengaku), maka orang tidak boleh memaksanya. Manusia berhak membuat andaian apa saja mengenai hubungan kami. Tambahan pula saya masih belajar dan tidak sesuai untuk memikirkan soal cinta ini lagi,” katanya yang juga mengaku amat meminati bakat Riz selain selesa dengan jejaka itu yang juga sangat peramah walau pun pertama kali bertemu.



Info Credit to : Berita Harian


Posted by Ria's Zone at 7:44 PM 0 comments  

STACY,RIZ MOHON MAAF

Monday, August 18, 2008

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

DIKRITIK hebat gara-gara kesilapan ketika melakukan persembahan di malam FFM21, Riz dan Stacy tidak patah semangat.

KEGAGALAN juara serta naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Stacy dan Riz memberikan persembahan terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) baru-baru ini masih menjadi bualan ramai.

Menerima kritikan demi kritikan, kesilapan yang dilakukan mereka berdua seolah-olah sukar untuk dimaafkan memandangkan Stacy dan Riz pernah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman sepanjang di AF.


Mana perginya segala ilmu yang diperoleh selama berminggu-minggu di akademi tersebut?


Kesilapan yang dilakukan sedikit sebanyak menimbulkan persoalan atau cakap-cakap mengenai tahap keseriusan mereka dalam dunia hiburan.


Stacy umpamanya, telah bergelar juara dan dilihat hebat ketika minggu-minggu konsert AF6 berlangsung namun gagal memanfaatkan segala ilmu yang ada untuk menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati.


Begitu juga dengan Riz, meski melakukan satu kesilapan tetapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imejnya. Di manakah silapnya dan apakah yang sebenarnya berlaku kepada mereka berdua?


Baru-baru ini, ketika ditemui di bengkel motivasi khusus untuk bintang AF6 di Celebrity Fitness, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor Stacy dan Riz menjelaskan segala-galanya.


Stacy hilang fokus

Berjaya mengejar impian untuk bergelar juara AF6, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 18, mengakui, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika persembahan di malam FFM21.


Ini kerana, pada malam tersebut, dia mendapat berita yang menyedihkan iaitu kematian nenek kesayangannya.
“Ketika itu, saya tidak dapat fokus kerana asyik teringatkan nenek. Bukannya saya tidak datang latihan seperti yang didakwa ramai pihak.


“Lagipun, ini merupakan persembahan besar saya yang pertama dan ia membuatkan saya gementar,” katanya.
Menurut Stacy, dia memohon maaf kepada semua pihak di atas kelemahannya tempoh hari.


Bagaimanapun, jelasnya, kesilapan juga tidak seharusnya diletakkan pada bahunya sahaja kerana muzik yang dimainkan ketika latihan dan persembahan adalah berlainan.


“Ini membuatkan saya keliru untuk memulakan nyanyian. Bagaimanapun, saya tidaklah mahu menyalahkan sesiapa. Saya mohon maaf sekali lagi,” jelasnya.


Ujar Stacy, apa yang berlaku akan dijadikan pengajarannya pada masa depan.


“Kesilapan ini memang membawa imej buruk pada saya. Mungkin orang akan takut hendak memanggil saya untuk membuat persembahan selepas ini.


“Namun, saya berharap penjelasan ini akan membuatkan semua pihak faham situasi ketika itu,” jelasnya yang kini sedang mengumpul bahan untuk pembikinan album pertamanya.


Riz terleka

Sementara itu, bagi Riz pula, kesilapan yang dilakukan membuatkan emosinya agak terganggu.


Mengakui terleka ketika menyampaikan lagu Azura, Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, turut menolak dakwaan yang dia gagal menghadiri sesi latihan.


“Sesi latihan sehari sahaja. Kami cuma tidak pergi ke sesi sound check kerana terlibat dengan rakaman program raya di Pulau Pangkor. Saya akui kesilapan kerana terlalu leka dengan muzik lagu itu sehingga tersilap. Maaf atas kesilapan tersebut,” katanya.


Menurut Riz, dia tidak terlepas menonton rakaman FFM21 dan akan cuba mengelak melakukan kesilapan selepas ini.
Mengenai perjalanan seninya, Riz memberitahu, bahawa dia ada menerima tawaran untuk berlakon namun terpaksa menolaknya kerana mahu memberikan fokus kepada nyanyian terlebih dahulu.


“Saya tidak mahu ketepikan bidang yang saya minat iaitu nyanyian. Selepas itu, saya pasti akan terima apa jua tawaran,” katanya.


Ujarnya, dia dan semua bekas pelajar AF6 baru sahaja habis merakamkan album raya serta klip video di Pulau Pangkor.


Melalui album itu, jelasnya, dia akan menyanyikan lagu baru berjudul Syawal Kemaafan manakala Stacy dengan lagu Raya Datang Lagi.


Bengkel motivasi AF6

Sementara itu, bengkel motivasi AF6 yang diadakan baru-baru ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan Maestro Talent & Management bagi memberi bimbingan asas untuk topik-topik utama yang selalunya dianggap mudah oleh segelintir artis.


Antara topik-topik itu ialah pengurusan cukai pendapatan, etika komunikasi, kesihatan, berhadapan dengan media, imej dan penampilan serta etika di meja makan.


“Ini merupakan usaha kami untuk memberi pendedahan kepada bintang-bintang AF6 berhubung aspek pembangunan kerjaya seni mereka,” kata Ketua Bahagian Pengurusan Bakat, Maestro Talent, Norliza Illias.


Antara panel yang diundang memberikan pandangan pada bengkel motivasi itu ialah Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez, penghibur terkenal, Ning Baizura, Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa, pereka fesyen Jovian Mandagie dan lain-lain.


Bengkel motivasi yang turut mendapat sokongan daripada pusat kesihatan Celebrity Fitness dan jenama pakaian antarabangsa, Adidas itu juga jelas Norliza, akan diteruskan pada masa depan kerana sesi sedemikian menawarkan banyak manfaat kepada bintang-bintang tersebut.


Sayang sekali, bengkel tersebut tidak dapat disertai oleh tiga bintang AF6 iaitu Lutfya, Stanley dan Faisal.
Menurut Norliza, ketiga-tiga bintang muda itu tidak dapat serta kerana ada sebab tersendiri.


“Mereka baru sahaja pulang dari rakaman raya di Pulau Pangkor dan kesihatan Lutfya, Stanley dan Faisal tidak mengizinkan mereka untuk turut serta dalam bengkel ini,” katanya.

Info Credit to : utusan Malaysia

Posted by Ria's Zone at 6:13 PM 0 comments  

FILEM DISNEY (CAMP ROCK VERSI MELAYU)

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMAN



PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,katanya.

Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.

Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.

Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.

Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.

Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia meminjamkan suaranya dalam sebuah filem.Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar, katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara, kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,kata Adi pula.



Info Credit to: Utusan Malaysia

Posted by Ria's Zone at 5:53 PM 0 comments  

MAJLIS BERBUKA PUASA RIZ & ANAK2 YATIM

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2008 (AHAD)

MASA : 5.30 PETANG – 9.30 MALAM
VENUE : KELAB GOLF SERI SELANGORPERSIARAN DAMANSARA INDAHOFF PERSIARAN TROPICANA 47410 PETALING JAYASELANGOR DARUL EHSAN
ATTIRE : TRADISIONAL MELAYU
PRICE : RM 60 SEORANG BAGI DEWASA & RM 30 SEORANG BAGI KANAK2 DI BAWAH 12 TAHUN

TETAMU JEPUTAN : PERTUBUHAN RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH
****BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN CIMB BANK 1275-0002500-525 NOOR HANIZAH BT SULAIMAN****KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBUAT BAYARAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA HANI @ ~HUNEYbuney~ (017-3817088)BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 OGOS 2008
KEPADA SESIAPA YANG BERNIAT IKHLAS UNTUK MEMBERI SUMBANGAN AMATLAH DIALU-ALUKAN
SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN ANDA DENGAN KADAR SEGERA.
SEBARANG MASALAH…BOLEH HUBUNGI LIEA (012-2902077), AUNTYSMS (012-2090156) ATAU MUZLIA (017-6182500) KEHADIRAN ANDA AMAT KAMI ALU2KAN

TERIMA KASIH
Info Credit to : rizfc.forumotion.com

Posted by Ria's Zone at 5:16 PM 0 comments  

ENDLESS NITE WITH RIA...AKHIRNYA....

Sunday, August 17, 2008

Akhirnya berakhir penantian RIAnz...malam yg sungguh indah kerana dapat menyatukan semua peroyan tegar RIAnz...n of course malam yg menyatukan dua "sahabat baik" Riz & Nadia...Thanx a lot kepada semua committee members yg byk membantu menjayakan Dinner RIA dan terima kasih kepada Ibu bapa Riz & Nadia dan juga semua yg hadir kerana sudi memeriahkan majlis malam itu...Suatu kenangan yg xdpt dilupakan insyaAllah sampai bila-bila....semoga kita berjumpa lg...


Kepada Adek & Abang..kami amat menghargai kesudian anda melapangkan masa buat seketika untuk kami...terima kasih diatas layanan yg sungguh istimewa...semoga ada waktu lagi utk kita bersua kembali...kami doakan Adek & Abang sentiasa dilimpahi rezeki dan diberkati sentiasa oleh Allah S.W.T.....Amin.....

Prince Riz & Princess Nadia


Hotel Singgsahsana Ballroom...elegance






Riz & Nadia rehearsal before the dinner




RIA with make up artist










So Sweet...Bahagia...

The Stars is Born...

Pic Credit to Siti Ruzaimah @ hanyadiriku....wonderful picture kak...Speechless...

more pic at www.photobucket.com/dinnerria

Posted by Ria's Zone at 8:42 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License