Macam-macam ragam terlihat sepanjang krew Raja Lawak 3 berada di Ipoh, Perak, minggu lalu, 15 dan 16 November 2008. Paling menarik, pengalaman bersama bintang Akademi Fantasia
Jom ikuti apa yang berlaku sepanjang berada di sana...
* Kalau minggu sebelumnya, Tauke Raja Lawak terlambat tetapi minggu ini giliran Ika AF6 pula terlewat.
* Ketika dalam perjalanan, Ebi yang membawa gitar sendiri sempat menghiburkan rombongan di dalam bas.
* Dalam perjalanan, pihak rombongan terserempak dengan satu kemalangan maut yang mengakibatkan jalan masuk ke Ipoh sesak. Eee, seramnya... seperti Ebi, Nubhan, Nadia, Ika serta artis Raja Lawak iaitu Yus, Zizan, Johan, Tauke, Ketampi dan Hussein memang tidak dapat dilupakan.
* Dari mula hingga akhir jelajah, Nubhan sering bergurau dengan Nadia. Bergaduh-gaduh manja namanya. Tak cemburu ke Stacy dan Riz tu nanti?
* Ketika selingan konsert mini dengan bintang AF, Tauke sempat menyanyikan singleThe Cup of Life dendangan Ricky Martin pula.
* Pada malam kedua jelajah, Nubhan asyik berlatih lagu Pencinta Wanita untuk persembahan esok. Namun, apabila tiba di lokasi, Nubhan menggantikan lagu itu dengan lagu Ketahuan dendangan kumpulan Matta.
* Selain Nubhan, Ika dan Nadia juga sudah berlatih untuk berduet lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi daripada Mulan tetapi tidak jadi kerana perlu menyanyi secara solo.
* Ika bersama 2 juru solek Astro sempat membuat rawatan kuku. Mereka kata... murah dan cantik! Kalau perempuan tu, perempuan juga.
* Nadia sempat membawa Nubhan, Ika dan penulis ke gerai cawangan popia di Ipoh untuk merasa keenakan resepi turun temuran ahli keluarganya itu.
* Tabik hormat buat peminat Nubhan yang sanggup datang semata-mata ingin berjumpa dengan Nubhan di hotel. Malah, Nubhan sempat keluar bersama dengan peminat itu.
* Ketika menunggu giliran menyanyi, Ebi dan artis Raja Lawak seperti Yus, Ketampi dan Hussein sempat menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah secara unplugged.
* Johan tak henti-henti melawak sepanjang krew berehat. Malah, ramai gerun dengan Johan yang tidak kenal erti penat.
* Ika juga asyik menceritakan pengalaman dan bertanyakan pendapat kawan-kawan tentang lakonannya dalam Awan Dania yang sedang rancak ditayangkan di Astro Ria.
0 comments:
Post a Comment