skip to main | skip to sidebar

RIA CLOCK

Coretan NADIA

Coretan NADIA

Coretan RIZ

Coretan RIZ

Riz & Nadia

Riz & Nadia

DOA BUAT RIZ & NADIA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan.
Ya Allah,dan kami mohon, lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Idris bin Mohd Zaizizi dan Nadia Haswani binti Hasnan. Amin

RIZ

NADIA

UCAPAN RIZ

UCAPAN NADIA

Nadia - Histeria

Riz - Harus Ku Yang Pergi

Nadia & Red Peanut - Dia,Aku dan Kamu

Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang

RIA@KONSERT SUPERSTAR AF6

NADIA-KU AKUI

RIZ-NAKAL

RIA-PERLU KAMU

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Mangga Mac 2009

RIA @ Summit USJ

RIA @ Summit USJ

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@RoadShow Hai & HotFM

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

RIA@Kemuncak Aidilfitri AF

Serasi Berdua

Serasi Berdua

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ ENDLESS NITE DINNER

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ SHOOTING VC RAYA AT TERENGGANU

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ DINNER MAXIS

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA @ Majlis Berbuka Puasa ASTRO

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Hai Bumper Raya

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Mangga Okt 2008

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA@Media Hiburan Bumper Raya

RIA MEDIA SITE

  • RIA Multiply
  • RIA Side Forum
  • Youtube Cosign45
  • Youtube RiaChannel

SCHEDULE RIA

RIZ

07/07 - Recording HotFM 30
12/07
- On Air @ HotFM 30
16/07 - Rakaman Ewah2 @ TV3
17/07 - Jemputan @ Shout Award@8TV


NADIA
01-02 /07 - Rehearsal GSA
04 /07 - GDA Felda Lubuk Merbau, Kedah
06 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
07-09 /07 - Rehearsal GSA
11 /07 - Konsert Amal AF @ Pagoh
12 /07 - Mc'Donalds Olympic Day Run@Dataran Merdeka
13/07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Shooting Angguk2 Geleng2
14-16 /07 - Rehearsal GSA
17-18/07 - Perform@M'sia XI vs MU@Stadium Nasional Bukit Jalil
21-23 /07 - Rehearsal GSA
25/07 - Gempak Astro 2009@Dataran Kluang

Info credit to : Riz Angels & Nadia FC

PEMINAT RIZ & NADIA

  • AngahRizFC
  • AzlanDaniel
  • Cosign45
  • Dinah245
  • Ejart Wani
  • Hanee
  • Hanyadiriku
  • Kematz
  • MissQistina
  • Reen5300
  • RockinBiz
  • Romiflizz
  • Sachikugainc
  • SarahRizBrunei
  • Sweetmm
  • ZuraLatfi

RIZ FC CORNER

  • RIZ FC Forum
  • RIZ Myspace

NADIA FC CORNER

  • NADIA Blog
  • NADIA FanSite
  • NADIA FC
  • NADIA Friendster
  • NADIA Myspace

Archive Blog

  • ► 2009 (86)
    • ► September (2)
    • ► August (4)
    • ► July (5)
    • ► June (6)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (13)
    • ► February (19)
    • ► January (21)
  • ▼ 2008 (138)
    • ► December (20)
    • ► November (25)
    • ► October (23)
    • ► September (42)
    • ► August (13)
    • ▼ July (12)
      • RIA@KONSERT REUNION AF6...
      • RIZ & NADIA@KONSERT REUNION AF6
      • Nadia Dalam Gaya Harajuku
      • RIZ@KONSERT FIESTA NEGERI FM 1862
      • JANGAN LUPA SAKSIKAN RIZ & NADIA 25 JULAI 2008
      • Selamat Pulang Adek...
      • SELAMAT JALAN ADEK...
      • AN ENDLESS NIGHT WITH RIZ & NADIA
      • Mini Gathering Geng2 RIA with Adek Cute
      • Welcome Back RIZ...
      • Gathering NadiaFC With Nadia
      • WISH FROM RIA
    • ► June (3)

RIA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

RIZ & NADIA

RIZ & NADIA
Website-Hit-Counters
Website-Hit-Counters
RIAnz Zone ~We Love Us .:. United We Stand~


Nadia Dalam Gaya Harajuku

Sunday, July 20, 2008


Kecil & terampil - Gaya Harajuku
Oleh Zaidi Mohamad


Bergaya fesyen Harajuku yang sinonim dengan remaja Jepun menyerlahkan aura Nadia sebagai model 'petite'

ORANGNYA genit tetapi bersuara besar penuh memukau. Demikian serba sedikit perihal penyandang tempat kelima Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia Haswani Hasnan atau Nadia, 18. Nadia mungkin bagaikan simbolik saiz Berita Harian yang kompak dan menggunakan tag line lebih kecil, lebih terampil.


Tampil dengan gaya fesyen Harajuku yang cukup sinonim dengan remaja di Jepun, Nadia menyerlahkan sedikit potensi dan aura sebagai model 'petite'.


Bagaimanapun, lupakan seketika mengenai gaya itu kerana kerjayanya dalam bidang seni baru saja hendak bermula. Tanggapannya sewaktu belum memasuki AF6, dunia hiburan sangat indah dan bersandarkan glamor semata-mata.


Namun hari demi hari tanggapan itu semakin terhakis di benak fikirannya. Tanpa berselindung, Nadia mengakui perihal 'kesakitan' untuk terus bernafas di dalam liga seni. Namun, sebagai insan biasa, Nadia menafsir semuanya sebagai satu cabaran dan dugaan yang terus menguatkan lagi aspek fizikal, mental serta emosi dirinya.


“Tak dinafikan saat dan ketika ini, ada kalanya Nadia susah nak ‘survive’. Itulah hakikatnya dan tawaran membuat persembahan juga kurang. Semuanya tidak menentu. Tetapi Nadia sudah biasa dengan keadaan begini kerana sebelum masuk AF6 lagi ketika menyanyi di kelab, peluang membuat persembahan kadang kala terbatas juga.




“Hanya kesabaran dan ketabahan menjadi pengubat untuk terus berdepan dengan situasi ini. Ia menjadi cabaran buat Nadia sendiri. Nadia yakin selagi diri ini berada di landasan yang betul dan sentiasa memperbaiki kelemahan, Insya-Allah suatu hari nanti, Nadia boleh berjaya,” ungkap Nadia.


'Kami tidak bercinta'

MENYOROT kembali kronologi kisah cinta monyet hinggalah ke cinta terkini yang mengheret namanya dengan Naib Juara AF6, Riz, Nadia masih tegar hidup solo dan menafikan apa juga perasaan terhadap jejaka bermata romantis itu.


Gurau Nadia, cinta pertamanya dulu hanya bertepuk sebelah tangan dengan seorang budak Mat Salih. Cintanya hanya terpendam begitu saja kerana Nadia yang mengkelaskan dirinya sebagai peminat rahsia.




Hubungannya dengan Riz mula digembar-gemburkan gara-gara persembahan duet mereka menyanyikan lagu Endless Love pada konsert minggu kesembilan AF6. Keserasian mereka pada persembahan itu jelas terpancar kerana begitu komited menyerap segala emosi dan tunjuk ajar tenaga pengajar AF6 demi terus kekal ke peringkat akhir pertandingan realiti itu.


“Nadia tahu ada pihak yang ingin melihat Nadia dan Riz bersatu sebagai pasangan kekasih. Hakikatnya kami tidak bercinta dan hubungan kami umpama sebuah keluarga. Nadia kenal dan sudah menganggap dia sebagai abang dan teman rapat. Nadia tak nafikan ketika membuat persembahan lagu Endless Love itu terbit emosi dan perasaan, tapi semua atas dasar profesional. Sewaktu menyudahkan tugasan menyanyikan lagu itu, dia banyak menaikkan semangat Nadia,” ungkap Nadia sekali gus meleraikan apa juga perasaan yang diingini sesetengah peminat mereka.


Sesuatu yang diamati Hip ialah Nadia mempunyai keupayaan berceloteh yang semula jadi. Nadia juga tidak menolak peluang untuk bergelar pengacara mahupun penyampai radio pada masa mendatang.


“Nadia memang berminat ke arah itu, cuma buat masa ini Nadia belum menerima atau mendapat sebarang tawaran. Insya-Allah kalau ada peluang dan kesempatan, pastinya Nadia akan manfaat sebaik mungkin. Nadia memang suka melayan orang,” kata Nadia yang bakal muncul dengan rakan AF6 lain di Melaka untuk konsert reunion AF6 pada 25 Julai ini.


Info Nadia AF6

  • Mempunyai adik yang tinggi daripadanya bernama Diana Shazwani
  • Mengikat kontrak bersama Maestro selama tiga tahun.
  • Baru selesai merakamkan kembali lagu single, Kalut Lagi Mengarut yang dipersembahkannya pada konsert akhir AF6 lalu.
  • Teringin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.
  • Meminati genre muzik rock dan lagu rancak. Saat ini Nadia sedang mengaplikasikan cara untuk melembutkan tona suara melalui pengamatan pengajiannya di AF6. Hasratnya untuk belajar vokal akan dipanjangkan dengan usaha Maestro menyediakan kelas vokal untuk bintang AF naungan mereka nanti.
  • Sebelum menyertai AF6, Nadia mengakui yang dia tidak pernah memiliki atau menggunakan telefon bimbit. Nadia mula memakainya selepas tamat pengajian di AF6 dengan menggunakan telefon bimbit yang diberi penaja di akademi.
  • Kerap memenangi pertandingan karaoke yang disertainya seperti Karaoke Alam Sentral, Kelab Orange, La Lacos Pub dan All Star Corner.
  • Keluarganya kini mengusahakan makanan popia di East West Stations, Setiawangsa yang beroperasi sejak 2004.
  • Cinta baginya diterjemahkan sebagai satu rasa kasih sayang kepada mana-mana individu atau golongan.
  • Mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokongnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan kepada dirinya.
  • Pernah tertanya-tanya apakah tindakannya menyertai AF6 satu tindakan yang tepat, namun Nadia berkata sekali dia melangkah, dia tidak akan berundur.
  • Nadia menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
  • Mengenai album solo, Nadia sedar kedudukannya kini sebagai pemenang tempat kelima AF6. Lalu peluang membikin album pastinya akan diutamakan kepada yang berada di kedudukan atas padanya. Paling rapat dengan Stacy AF6.
  • Laman web: www.nadiafc.com atau www.nadia.haswani.com/blog


Info Harajuku
Harajuku merujuk kepada sebuah kawasan di Jepun yang diberi jolokan nama sebagai Stesen Harajuku Tokyo, satu stesen di utara Shibuya. Ia adalah pusat kepada budaya dan gaya fesyen remaja Jepun yang paling ekstrem di samping menawarkan deretan kedai serta butik untuk orang dewasa dan diserikan dengan pemandangan penuh bersejarah.
Kini ia lebih dikenali dan dianggap sebagai gaya fesyen remaja persis anak patung comel dengan busana penuh ranggi dan warna warni. Ia juga memberi perlambangan kepada gaya 'gila' karakter kartun 'anime', pemuzik punk dan sebagainya.
Pendapat, azam Nadia
  • Riz: Bersuara lunak, bermata seksi, penyayang, sekepala dengan Nadia dan kacak.
  • Ramli MS: Kelakar, serius, seorang bapa yang penyayang, pelindung dan pemuzik yang disegani.
  • Maestro: Premis yang mengurus serta membesarkan bintang kelahiran Akademi Fantasia, pejabatnya sangat cantik dan menjadi tempat untuk membaca majalah hiburan atau surat khabar secara percuma.
  • Lima tahun kemudian: Mahu terus dikenali sebagai penghibur yang disegani, nak kurus, menjadi ikon remaja, mengembangkan perniagaan keluarga dengan banyak cawangan dan membeli sebuah rumah untuk didiami keluarga.
  • Kahwin: Tidak pernah menyasarkan soal bila nak kahwin, jodoh di tangan Tuhan. Tapi sebelum menamatkan zaman solo, Nadia ingin mencapai semua matlamat dan impiannya. Yang paling penting ada simpanan yang kukuh di samping ekonomi yang stabil. Mengharapkan lelaki yang bakal bertakhta di hatinya kelak seorang yang memahami, boleh tahan kacak dan cukup duit nak sara Nadia (usik Nadia penuh makna). Mengidamkan perkahwinan ala taman.
Info credit to : http://www.bharian.com.my

Posted by Ria's Zone at 8:37 PM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License