

Salam Ramadhan...
Pertama2 skali nk minta maaf kat semua RIANZ...sorry guyz lama giler x update blog RIA ni...tahun ni tahun paling bz skali for me...neway masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini...Saya doakan agar semua dapat memanfaatkan bulan mulia ni dengan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua mendapat Rahmat dan rezeki yang berlipat kali ganda dari Yang Maha Esa...InsyaAllah...Jumpa lagi...
Salam Ramadhan...
RIANZ...
Posted by Ria's Zone at 5:40 PM 0 comments
Bermula Semula...

http://www.hmetro.com.my/
KERJAYA seni Naib Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz bagaikan suram. Barangkali, jika tiada single duet bersama Alyah, kemungkinan besar peminat sepi daripada alunan suaranya.
Bukan kemahuannya seperti itu. Sebaliknya pelbagai perkara terjadi dengan bekas pihak pengurusan. Malah, apa yang dijanjikan mereka tidak langsung ditunaikan.
“Tidak perlulah saya nyatakan syarikat berkenaan. Apa yang penting, harapan saya untuk melihat single pertama dipromosikan dengan baik, hancur. Malah, ada di antara mereka tidak langsung buat kerja.
“Bayangkan saja, single yang sepatutnya dihantar ke stesen radio tidak dihantar. Malah, apabila saya bertanya mengenai album single yang dikhaskan untuk media, mereka kata ia sudah dihantar dan stok berkenaan sudah habis.
“Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya album single berkenaan tersimpan dan disorok di bawah meja. Dari situ, barulah saya dapat tahu promosi untuk single berkenaan tidak dijalankan,” katanya.
Tambah Riz, sudah pasti perasaan kecewa menghantui dirinya. Apabila syarikat berkenaan ditutup, Riz dilamar Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
“Bagaimanapun, mereka tidak menawarkan pengurus untuk menguruskan kerjaya saya. Bukan bertindak meminta atau ‘demand,’ sebaliknya sebelum ini saya sudah mempunyai seorang pengurus yang banyak membantu saya.
“Jadi selepas berbincang dengan AESB, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri. Bahkan, dengan cara ini saya lebih selesa walaupun perlu mengeluarkan bajet sendiri untuk menghasilkan album mahupun single,” katanya.
Selepas lagu demi lagu diperdengarkan di corong radio, kini Riz tampil dengan single terbaru berjudul Bermula Semula. Katanya, lagu itu baru saja siap dirakamkan dan bakal dihantar ke stesen radio untuk dimainkan.
“Sekarang ini, saya hanya menunggu masa untuk ia dimainkan di radio. Sebelum ini, single terdahulu saya berentak agak perlahan jadi ia jarang mendapat perhatian pihak radio berkenaan.
“Harap-harap, single kali ini akan diterima peminat. Berikutan lagu saya jarang dimainkan di radio, ada peminat yang menganggap kerjaya seni saya semakin sepi. Sebenarnya tidak. Saya masih lagi aktif memeriahkan pentas nyanyian. Harap-harap, single ini akan mengubat rindu mereka,” katanya.
Menyentuh soal album terbaru daripadanya, Riz menjelaskan ia masih di dalam proses pembikinan. Buat masa ini, perancangannya tertumpu untuk menghasilkan single dahulu.
“Bagaimanapun, saya tetap tidak mengetepikan album. Untuk terus kekal relevan dalam dunia muzik, album memainkan peranan penting bagi seseorang penyanyi.
“Insya-Allah, jika tiada aral, album berkenaan akan siap pada Syawal ini,” katanya yang mengeluarkan wang sendiri untuk produksi album berkenaan.
Tambah menarik, ada pihak menyatakan dia turut menumpang populariti Alyah apabila berduet dengan penyanyi berkenaan menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.
Kerjasama yang terjalin serta paduan suara mereka itu, Riz dan Alyah dilihat serasi menyanyikan lagu berkenaan. Bagaimanapun, soal menumpang populariti tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya.
“Saya tidak kisah apa orang nak kata. Bukan mudah mahu menutup mulut mereka. Malah, bergandingan dengan Alyah menjadi rezeki buat saya apabila lagu berkenaan kini hangat dimainkan di radio.
“Soal populariti, kami masing-masing mempunyai kelompok peminat yang berbeza malah tidak pernah wujud mana-mana pihak menumpang populariti sesiapa,” katanya.
Posted by Ria's Zone at 10:57 PM 0 comments
Nadia Seronok Berlakon
Tuesday, July 28, 2009

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
SELEPAS setahun berkecimpung sebagai anak seni, ternyata ia bukanlah seperti yang difikirkannya sebelum ini. Disangkakan, glamor itu cukup hebat, tetapi apa yang dinikmati hanya sementara ketika bergelar bintang Akademi Fantasia 6 (AF6).
Menyedari, perjalanan karier yang masih panjang, Nadia Haswani Hasnan atau Nadia mengorak langkah di pentas lakonan. Siapa sangka, gadis genit bersemangat waja ini berjaya membuktikannya dalam sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng.
Sitkom disiarkan setiap Isnin, jam 8.30 malam di saluran Dunia Ria, TV 2 itu memberi peluang kepada Nadia melakonkan watak Dina. Walaupun bergenre komedi, anak jati
Menurut Nadia, dia sekadar mencuba sesuatu yang baru, tetapi, lebih menyeronokkan lagi apabila dapat bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Sabri Yunus, Khatijah Tan, Imuda, Zami Ismail, Abon, Ebby Yus dan Angeline Tan.
"Sebagai pelakon baru, saya akui sangat gementar untuk berlakon dengan mereka. Bagaimanapun, saya jadi gembira kerana mereka sentiasa sedia membantu. Terus terang, saya banyak pelajari selok-belok lakonan terutama untuk menghidupkan komedi.
"Saya ambil ia (komedi) sebagai cabaran besar. Bukan mudah untuk membuat orang (penonton) ketawa. Namun, Alhamdulillah saya dapat mengharunginya dengan baik sehingga sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng kini masuk rakaman musim kedua," katanya.
Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburinya lebih dulu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tetap aktif menyanyi. Bagaimanapun, memandangkan ekonomi dan pasaran album yang suram, tawaran undangan persembahan diterima tidaklah banyak.
"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan rezeki diberikan Tuhan. Bagi saya, asalkan berusaha gigih pasti akan berjaya. Cuma, cepat dan lambat saja. Dalam soal ini, selagi masih diterima peminat, saya takkan berhenti menyanyi kerana minat dari kecil.
"Ditambah lagi, bukan senang untuk mencipta nama. Oleh itu, setiap tawaran yang datang saya terima sekalipun berlakon. Pada saya, perlu mencuba semua yang berkaitan dengan seni termasuk pengacaraan. Usah malu untuk menonjol diri.
"Apapun, selepas Aidilfitri nanti saya berkemungkinan muncul dengan single terbaru. Bagi saya, itu sudah memadai daripada menghasilkan album yang akhirnya tidak laku di pasaran. Dalam situasi ekonomi sekarang, menerbitkan single lebih bagus.
"Peminat sekarang pun lebih terdorong dengan proses muat turun lagu dan nada dering. Dari situ, selaku penyanyi tetap ada pendapatannya. Oleh itu, buat masa ini saya memang selesa dengan mengetengahkan single daripada hasilkan album penuh," katanya.
Selain menyanyi dan berlakon, Nadia juga berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan. Gadis yang turut popular dengan Popia Jati Nadia Redah Jee itu kini menjadi pengacara untuk Rakan Muda. Kata Nadia, semua kerja yang dilakukan sekarang memberi motivasi kepadanya.
Artikel & Foto : www.hmetro.com.my
Posted by Ria's Zone at 8:37 PM 0 comments
Riz Ubat Rindu 'Angels' Sempena Ulang Tahun Pertama FC
Wednesday, July 15, 2009
SETAHUN berlalu terlalu cepat dan tidak disangka-sangka, Riz-Angels @ Riz Fan Club telah pun berusia genap setahun.
Tanggal 21hb April 2009, merupakan detik sejarah Riz Fan Club. Namun disebabkan kesibukan antara ahli-ahli terlibat dan juga artis, maka sambutan ulang tahun diganjakkan ke tarikh 28 Jun 2009.
Bertempat di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong, Selangor maka berlangsunglah acara 'The Fabulous Riz-Angels & Frenz Bowling Challenge'.
Acara bermula seawal 3pm, dengan mukadimah jua kata-kata aluan dari artis kesayangan fan club iaitu Riz di turuti ucapan dari Presiden Riz-Angels Cik Muzlia serta balingan bowling menandakan rasminya majlis tersebut.
KARAOKE DENGAN PEMINAT
Petang tersebut merupakan hari yang paling indah dan bermakna bagi ahli kelab peminat Riz. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra malah ada yang berkesempatan menyanyi karaoke bersama artis kesayangan mereka.
Malah yang paling gembira, tempat bowling telah ditempah khasnya untuk 6jam berikutnya bermula jam 2pm hingga 8pm.
Malah ahli-ahli kelab peminat Riz yang hadir untuk bermain bowling datang dari segenap pelosok tanahair dari utara hinggalah selatan.
Bangga dengan kehadiran peminat Riz yang melebihi 60 orang yang susah payah datang dari Pulau Pinang, Ipoh dan juga dari Johor Bharu.
Kehadiran mereka umpama memberi cahaya menyinari hidup Riz dan menguatkan semangat Riz untuk berjuang dalam industri hiburan tanahair.
Juga di petang itu, Riz mendendangkan berbelas-belas lagu untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya.
Kehadiran bad (pengurus artis Diddy) jua turut menceriakan lagi suasana, gelagat Riz ketika bermain bowling mencuitkan hati para peminatnya.
Keterujaan peminat-peminatnya sudah tidak mengira kepenatan. Sambil berboling, mereka boleh lagi menari sambil menyanyi karaoke. Gelagat yang pasti membuat mereka tak kering gusi.
Untuk acara permainan bowling, pelbagai hadiah utama dan juga saguhati khas menjadi rebutan ahli-ahli kelab peminat.
Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja seperti Suria Resort Management, Ampang Superbowl dan penaja individu yang sudi memberikan sumbangan untuk acara bowling ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa Riz serta keluarga dari Perak yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis petang ini.
TARIAN POCO-POCO
Sambil menyanyi, sesetengah peminat dengan rela hati menjadi penari gelek ala dangdut.
Sememangnya seharian bersama Riz tak henti dgn hilaian ketawa, usik mengusik malah bergambar sakan dengan artis kesayangan mereka.
Ada juga yang merakamkan ucapan Riz untuk kaum keluarga dan bermacam-macam lagi agenda tersendiri antara ahli peminat dengan Riz.
Sebagai mengakhiri acara petang tersebut, Riz bersama-sama peminatnya tak kira lelaki mahupun perempuan beramai-ramai menari tarian poco-poco.
Ternyata setelah sekian lama tidak berkumpul sebegini, ianya memberi satu impak dan kesan amat mendalam untuk peminat Riz meraikannya dengan penuh meriah dan ceria.
Jika ada sumur di ladangBoleh kita menumpang mandiJika ada umur yang panjang…Insya’Allah , anniversary kedua kita berjumpa lagi
Petikan Artikel dari www.mstar.com.my
Posted by Ria's Zone at 9:21 PM 0 comments
D Fabulous Riz Angels & Frenz Bowling Challenge 2009
Tuesday, July 14, 2009
Sorry guyz...lama giler xupdate blog ni...byk sgt keje yg perlu dibereskan..ok now ai nk update sket xtvt yg dijalankan melibatkn Riz..xtvt kali ini ialah bowling tournament..mcm biasa RIANZ tetap akan hantar wakil..xkesah la masuk longkang ke tak yang penting join kan...acara diadakan pada 28 Jun 2009 bertempat di Ampang Superbowl, IOI Mall Puchong dianjurkan oleh Riz Angels..Thanx to kak Muz n team. Acara bermula pada jam 3 petang dengan ucapan dari Riz selaku artis yg diraikan. Seterusnya Riz n kak Muz selaku Presiden kelab telah merasmikan majlis tersebut dengan balingan bola boling..walauponnn..heheh..Lepas tu apalagi..main laa...mcm2 gelagat petang tu...yang karaoke pon ade..yang penting kami semua main dlm gelap atas permintaan Riz..sebenarnya si Riz jeles pasal kak muz xbagi dia main..wakakaka..jangan marahh Riz...lepas main, Riz dengan senang hati mendendangkan beberapa buah lagu utk hiburan peminat2 yang datang..yang penting lagu "Perlu Kamu" mesti nk request kan Riz...hehe..tp sayang pasal xde sapa nk duet ngan Riz sebab semua malu2 kucing gtuu...sambil karoks tu, Riz sempat buat cabutan bertuah..Rianz yg dpt cabutan bertuah ialah landaniel, kak dash n joen..tahniah kowg...part last skali aku suker psl dh lama aku xbuat keje ni..heheh...apelagi poco2 laaa...seronok dpt poco2...yang penting petang tu mmg sangat2 happening coz dh lama giler xjumpa ngan Riz kann...thanx u so much Riz, uncle Zaizizi, aunty Som n family juga Riz Angels kerana berjaya menganjurkan xtvt boling ptg tu...hope dpt jumpa kowg lagi k..tggu....


Riz tengah bagi speech

balingan bola boling dari Riz...


Pose maut pulakk si lan kat tepi tuu..hehe



menghiburkan peminat

karaoke bersama fanz...

bersama abang Bad (diddy)

memotong kek perasmian


menari poco-poco...cayalahh guyzz

inilah kunci kemenangan Riz..Tahniah Riz

Riz & Rianz

bersama Riz Angels
Pic's credit to : Angah, joenjohana & mstar online
Posted by Ria's Zone at 5:36 PM 0 comments
RIZ & Alyah @ Rakaman Muzik-Muzik (25 Jun 2009)
Wednesday, July 1, 2009
Posted by Ria's Zone at 4:47 PM 0 comments